Banyak persoalan yang timbul tatkala PAS mula mengambil Anwar pada tahun 1999. Persoalan-persoalan ini bukannya ditimbulkan dalam kalangan UMNO , tetapi ditimbulkan dalam pimpinan PAS yang melihat pelik dan janggal apabila mengambil kes Anwar dan membela Anwar pada tahun 1999.
Kenapa pimpinan PAS menganggap pelik untuk PAS membela Anwar? Ia diceritakan sendiri oleh pimpinan PAS tertinggi negeri yang menanyakan sendiri kepada Allahyarham Fadhil Nor yang ketika itu merupakan Presiden PAS sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Jun 2002. Pimpinan Pas ini juga menyuarakan kepada Almarhum, mengapa perlu PAS mengambil kes Anwar ini sedangkan PAs sendiri tahu Anwar lah yang berani mengutuk kepimpinan Ulama' PAS dan kepimpinan yang lain. Pemimpin UMNO yang lain tidak berani hina sebagaimana Anwar berani hina.
Jawapan Al Fadhil Ustaz Fadhil Nor:
"Kita mengambil kes Anwar ketika ini adalah kerana prinsip keadilan. Kalau Anwar bersalah , maka bicarakan dia dan hukum, kalau anwar tidak bersalah, bicarakan dia dan lepaskan. ... "
Namun menurut pimpinan PAS tersebut, sekarang ini PAS bertambah pelik kerana mengambil anwar bukan atas prinsip keadilan, tetapi mengambil Anwar sebagai PEMIMPIN PAS.-sigh-
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...