NADA YAKIN PIMPINAN! #KamiSayangBN

5 Feb 20130 comments


GEORGE TOWN 5 Feb. - Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja dan parti gabungan itu kini berada dalam keadaan lebih kuat dan kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, BN menjadi bertambah kukuh sejak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamkan program transformasi dan ini sekali gus telah mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

"Program transformasi sudah mula menampakkan hasil, sudah mula digeruni pembangkang. Bantuan yang kita beri telah mula sampai ke akar umbi.

Langkah-langkah itu adalah bantuan kepada semua rakyat...orang Melayu sudah balik sokong BN, orang India juga begitu hebat menyokong...orang Cina juga begitu...orang Asli dan Siam juga semakin meningkat...tidak terkecuali juga di Pulau Pinang.

"Kalau situasi sudah begitu bertambah baik, pandangan dan persepsi masyarakat kepada BN juga sudah berubah... yang kita harus pikul sekarang ini bagaimana nak menterjemahkan perkara itu," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN untuk bekerja lebih keras dan tidak berhenti menjalankan tugas mereka kepada rakyat.
"Kita masih perlu bekerja lebih kuat lagi. Kita tahu kelemahan kita dan kita perlu perbaiki...kita perkukuhkan lagi untuk masa-masa akan datang. Langkah (program transformasi) sebegitu sahaja tidak memadai, rakyat mahu melihat pembaharuan yang dibuat kerajaan BN," katanya.

Muhyiddin menegaskan, BN memerlukan komitmen secara total daripada seluruh pemimpin parti dalam memastikan sokongan yang berterusan daripada rakyat, sekali gus menterjemahkannya dalam bentuk undi.

"Perjuangan kita bukan untuk menangkan BN, tetapi untuk membela semua bangsa, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli, mereka memerlukan bantuan kita. Perjuangan kita perjuangan yang suci dan bukan hanya enteng sahaja...memerlukan satu komitmen yang total bukan separuh kesedaran," katanya. - - BERNAMA
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team