KHALID IBRAHIM AKUR DENGAN NAJIB!

19 Feb 20132comments


Khalid Ibrahim akur pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen


SHAH ALAM 19 Feb. - Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu telahpun disepakati semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) daripada pakatan pembangkang.

"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya Parlimen," katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Pembudayaan SPIES (Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, Social) negeri Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan dengan Adun pakatan pembangkang. - BERNAMA

Akhirnya Khalid Ibrahim dengan bongkak mahu membubarkan DUN Selangor selepas Raya Cina tak jadi! Akhrinya beliau akur dengan keputusan Najib! 

Share this article :

+ comments + 2 comments

19 February 2013 at 07:37

Tu buktinya kerajaan pakatan rakyat bertangungjawab n bertimbang rasa dengan tidak mahu bazirkan wang rakyat.umno x penah pikir semua tuh

Anonymous
19 February 2013 at 09:30

kan aku dah kata, pencacai Pr ni mesti pusing cite..last2 UMNo gak yg disalahkan..ada ke UMNO yg suruh khalib gagap bubar DUN awal cai oii..

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team