HAHA! PENGANALISIS AJAR PARTI PEMBANGKANG BUAT MANIFESTO!

27 Feb 20130 comments


Manifesto parti politik lebih realistik, menepati kehendak dan dalam lingkungan kemampuan negara dan pentadbiran. Itulah saranan MHS kepada parti-parti politik tanahair yang mahu merebut kerusi-kerusi di dalam Parlimen Malaysia! 

Manifesto bukan juga berperanan membuatkan pengundi terperangkap dengan janji-janji kosong. Manifesto yang baik mestilah terperinci , Contohnya kita ambil satu daripada janji yang best parti pembangkang selepas memenangi PRU 13 iaitu menurunkan Harga Minyak: 

Analisis yang perlu diberikan penekanan PR: 

1. Berapa peratus (%) kah penurunan dengan harga sekarang? 



Ulasan: Sejak Anwar mengwar-warkan penurunan harga minyak ini sejak 2009, beliau tidak pernah menyatakan peratusan harga minyak yang akan diturunkan! 


2. Apakah 'chain effect' penurunan ini terhadap subsidi negara kepada lain-lain barangan? 


Ulasan: Jikalau penurunan harga minyak ini menyebabkan subsidi kepada barang-barang keperluan yang lebih mendesak kepada kumpulan sasar peringkat pertengahan dan ke bawah akan dikurangkan, 
Perkara ini akan "defeat the purpose" penggunaan subsidi tersebut! Tidak berguna lagi! Ia akan menyebabkan barang keperluan lain meningkat harganya, kerana pengurangan subsidi kepada barang tersebut! 

Tiada analisis ini di peringkat PR! Perkara ini langsung tidak diterangkan kepada orang-orang kampung! 

Kita tahu, pengurangan petrol akibat campur tangan kerajaan adalah pemberian subsidi kerajaan terhadap PETROL! Petrol pula digunakan oleh semua orang termasuk orang yang kaya!!! Adilkah pengagihan subsidi yang dikhususkan kepada kumpulan sasar yang memerlukan diberi sama rata kepada semua orang tanpa mengikut priority!? Sama lah seperti bapa membelikan 2 orang anaknya (sorang lelaki, sorang perempuan) dengan pakaian perempuan untuk kedua-duanya! Adil ATAU Zalim?! 

Jawapan yang diberi Rafizi adalah tidak bersifat ilmiah iaitu mengatakan mereka 'akan' dapatkan dana untuk subsidi dengan penjimatan dari ketirisan! How do you measure ketirisan wahai Rafizi? Penjimatan tanpa berbelanja akan menyebabkan kurangnya pengaliran kewangan to generate circle of Economy!? 

Manifesto ini dan penerangan punca pendapatan daripada ketirisan semata-mata untuk menyerang BN adalah tidak bersifat ikhlas dan PR hanya bermain dengan persepsi rosak pembangkang terhadap kerajaan! 

Tanggungjawab Kerajaan: Menguruskan sumber yang ada dengan baik dan menambahkan pendapatan negara!!!! 

Manifesto PR: Tidak langsung disebut bagaimana menambahkan sumber pendapatan negara!  


BERITA: 


SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) perlu menawarkan manifesto yang lebih komprehensif daripada manifesto Pakatan Rakyat (PR) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan berkata, manifesto BN perlu memenuhi keperluan semua pihak untuk memikat pelbagai lapisan masyarakat bandar dan di luar bandar.
Beliau berpendapat banyak pihak menganggap manifesto PR, yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan Isnin lalu, tidak realistik dan BN perlu mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan terbaik setakat ini dan bukan sekadar janji kosong.
"Golongan muda juga perlu diberikan perhatian dalam manifesto BN kerana sebahagian besar pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah mereka,” katanya.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, BN perlu membuat manifesto yang sepadan dengan tawaran dijanjikan PR.
Menurutnya, manifesto dilancarkan oleh BN pada 2008, tidak terperinci dalam isu beberapa bidang termasuk mengatasi masalah kemiskinan, memerangi jenayah dan meningkatkan efisien kakitangan awam.
Azizuddin berkata, manifesto PR baik tetapi tidak realistik kerana cuba melakukan perubahan kepada sistem politik dan ekonomi.
“Dalam masa sama, terdapat percanggahan. Mereka cuba hapuskan monopoli dengan perkenalkan dasar liberalisme ekonomi atau kapitalis mutlak,” katanya.
Menurutnya, rakyat akan melihat sektor terpenting iaitu ekonomi dan kemakmuran bagi lima tahun akan datang.
Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, BN pasti belajar daripada kesilapan manifesto 2008.
Menurutnya, manifesto kali ini perlu menjurus kepada kemampuan untuk menepati janji dan ia dilihat sebagai janji.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team