ARTIKEL KHAS: APA YANG TERJADI PADA 14 FEB BERATUS-RATUS TAHUN DAHULU?! Apa kaitannya dengan kalimah ALLAH??

13 Feb 20130 comments

ARTIKEL KHAS: APA YANG TERJADI PADA 14 FEB BERATUS-RATUS TAHUN DAHULU?! Artikel yang diberi oleh seorang sahabat.... 

MAHARAJA JUNO

14 Februari dipilih berdasarkan hari cuti orang Juno , iaitu Ratu kepada dewa-dewi Rome ketika pemerintahan para maharaja Rome Kuno. Pada hari berikutnya iaitu 15 Februari akan bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rome di mana malam pesta berkenaan , nama-nama gadis-gadis Rome ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangan untuk ditidurinya.


INGATLAH PESAN NABI S.A.W dalam sebuah hadith diriwayatkan Bukhari dan Muslim:
"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami , maka ia akan ditolak!"


PADERI YANG MAHU KAHWIN

Hari Valentine disambut apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah seorang paderi Katolik yang tisdak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi diharamkan berkahwin! Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine! 



INGATLAH PESAN NABI S.A.W dalam sebuah hadith diriwayatkan Bukhari dan Muslim:
"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami , maka ia akan ditolak!"


SAMBUTAN KEJATUHAN EMPAYAR ISLAM

Hari Valentine disambut setiap 14 Februari bagi meraikan kejatuhan pemerintahan Islam Andalusia di Cardova, Sepanyol. Kejatuhan pemerintahan Islam Bani Ummayah di Cardova berkait rapat dengan peranan seorang paderi Kristian bernama St Valentine, Beliau berperanan sebagai seorang perisik yang bermuka-muka dengan pemimpin Islam dalam masa yang sama menghasut dan membangkitkan semangat kebencian masyarakat Kristian terhadap pemerintahan khalifah. Peranan talam dua muka St Valentine amat disanjung oleh Ratu Isabella dan dengan jasanya itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka mengganggap Islam adalah agama yang zalim. 



Bayangkan kalau ada umat Islam turut meraikan Hari Valentine , sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu sendiri. Sudah cukup kalimah ALLAH digadaikan oleh pemuka-pemuka ISLAM kerana kononnya ingin menjaga hati mereka yang mungkin akan tertabiyah dengan toleransi tolol dan melampau ! Berapa ramai lagi anak-anak umat Islam yang hendak dimurtadkan dengan cara halus ini???! 

TIADA HAKCIPTA DI DALAM ISLAM. PENYALINAN SEMULA ADALAH DIGALAKKAN SAMA SEKALI! 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team