1. Malam tadi MHS lihat kepoyoan Ketua Menteri Paling celaka dalam Tanah Melayu abad ini duduk sebelah PM masa perasmian jambatan kedua . Rasa macam nak 'starlet' jer dahi dia macam kat asrama dulu-dulu. Nasib baik lah PM dan barisan kepimpinan Melayu Barisan Nasional ni baik, bagi jugak jambatan kedua kepada Penang.
2. Hakikatnya golongan pembangkang chauvinist tetap tidak berpuas hati selagi mereka tak dapat menguasai dan memiliki segala-galanya. Memang itu sikap tamak dan materialistik yang akan merugikan mereka sendiri.
3. Mungkin lepas ini puak-puak individualistik materialistik chauvinist akan mengritik sepatutnya jambatan ini tidak dikenakan sebarang tol kerana kononnya mereka telah membayar begitu banyak cukai pada negara. Inilah sikap orang yang tamak lagi tak tahu berterima kasih. Walhal banyak juga wang yang mereka sorok dan tak declare pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam serta amat takut kepada GST.
Kalau tak nak bayar tol di Jambatan Kedua ini, guna saja feri atau naik pengangkutan awam, tak pun berenang saja ke pulau. Sapa pun tak larang.
4. Kerajaan lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding segelintir pemimpin chauvinist rasis yang materialistik yang terus menerus mengkritik kerajaan walhal mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
5. Terkenang ketika tahun 1982 dulu ketika mantan YAB PM Tun Mahathir hendak membina Jambatan Pulau Pinang pertama. Puak-puak chauvinist sosialis paling kuat menentang kononnya membazir, merosakkan alam sekitar dan merugikan syarikat feri. Namun semuanya auta belaka, mereka pula tanpa segan silu menggunakannya hasil titik peluh orang lain. Sekali lagi mereka habuk pun tadak. Cuma cuci kaki jer.
6. Ketika kos Jambatan Pulau Pinang berjaya ditebus dengan wang negara tanpa perlu berhutang lagi dengan mana-mana bank negara asing, si chauvinist tetap menyatakan kerajaan menipu soal kos dan meminjam dari negara ketiga untuk menebus jambatan itu. Sedikit pun tak berterima kasih dan bangga dengan kebijaksanaan Tun M. Memang mereka jenis habuk pun tarak.
7. Ketika hendak menawan Pulau Pinang mereka terus berkempen hendak mempercumakan tol Jambatan Pulau Pinang. Namun setelah menang, janji itu tidak mampu dilaksanakan. Bahkan tol Sungai Pinang yang sempat didemo mereka juga gagal dipercumakan. Rakyat marah dan cuak dengan sikap pembohong mereka. Sekali lagi mereka ini sembang jer deras tapi habuk pun tarak.
8. Dulu bila kerajaan sibuk nak buat jambatan kedua ini, mereka sibuk mencanangkan untuk membina terowong Pulau Pinang dengan kos lebih murah cuma RM1 bilion saja. Namun akhirnya si Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ketamadunan Pulau Pinang itu menyalahkan sistem Microsof Excel dan silap taip. Sekali lagi habuk pun tarak...
9. Kita saksikan saja apa lagi drama yang akan dimainkan oleh puak-puak kufur nikmat ini. Mungkin mereka mahu membina patung berhala mazu menghadap jambatan kedua ini? Perancangan DAP memang dah ada kan?
10. Namun kepada kerajaan Barisan Nasional kami tetap berterima kasih atas kejayaan pembinaan dan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang ini. Syabas! Lanjut: Sumber
10. Namun kepada kerajaan Barisan Nasional kami tetap berterima kasih atas kejayaan pembinaan dan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang ini. Syabas! Lanjut: Sumber
+ comments + 1 comments
Tahniah untuk jawatan ini Tanpa pergi ke "Seperti", tweet yang kecil sering berfungsi untuk menandakan persetujuan saya, walaupun saya tidak dapat mengatakan apa-apa dengan komen.
Voyance en ligne par mail
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...