1. Klang, 4 Mac 2014 - Awal pagi ini, seorang anggota polis
terbunuh apabila diserang oleh sekumpulan 5 orang penjenayah. Dalam kejadian
pada jam 4.30 pagi di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa, Klang itu
seorang anggota polis berpangkat Kopral berusia 53 tahun mati diserang oleh
penjenayah terbabit.
2. Ketika kejadian, anggota pasukan peronda polis berkenaan
telah menahan 5 lelaki dalam keadaan mencurigakan dan apabila hendak membuat
pemeriksaan ke atas 5 lelaki tersebut, mereka telah bertindak menyerang anggota
polis bertugas dan merampas pistol milik mangsa serta cuba menembak
anggota-anggota kereta peronda berkenaan tetapi gagal kerana pistol berkenaan
tidak meletup.
3. Pergelutan terus berlaku dan salah seorang anggota polis
berkenaan berjaya merampas kembali pistol tersebut daripada salah seorang
penjenayah terbabit. Bagaimanapun dalam pergelutan itu, salah seorang
penjenayah telah menikam mangsa dipercayai menggunakan pisau "rambo".
Dalam kejadian itu juga, 2 daripada penjenayah terlibat yang turut bersenjatakan
parang dan pisau telah ditembak mati oleh pihak polis.
4. Dalam kejadian itu Kpl Raja Aizam Raja
Mohid meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi
anggota kereta peronda terbabit, Kpl Mohd Aidil Mustafa, 29 tahun turut cedera
parah di bahagian muka serta kepala dan kini sedang dirawat di Hospital Klang.
5. Insiden yang berlaku awal pagi ini adalah di antara peristiwa-peristiwa serta bahaya yang sentiasa menunggu setiap anggota pasukan keselamatan khususnya PDRM dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka bagi memastikan keamanan terus terjamin, agar anggota masyarakat tidur lena di waktu malam, walaupun mereka terpaksa bercekang mata.
6. Inilah juga di antara kisah sedih dan meruntun hati serta jiwa keluarga, isteri serta anak-anak anggota polis yang ditinggalkan pergi di saat-saat mereka masih bergantung harap kehidupan daripada seorang anak, suami dan ayah. Tak ada siapa pun yang akan mengenangkan jasa bakti mereka yang sanggup mengorbankan diri demi kepentingan orang lain.
7. Ke mana pula perginya puak-puak NGO yang
selama ini mendabik dada kononnya hanya merekalah memperjuangkan hak asasi
manusia. Kenapa anggota-anggota polis yang mati diserang oleh penjenayah tidak
dibela? Kenapa anggota polis yang mati diremuh dengan motosikal oleh penjenayah
semasa bertugas tidak dibela?
8. Sebaliknya mereka yang terang-terang adalah
penjenayah dan mati dalam beberapa insiden tembak-menembak dengan pihak polis
sebelum ini, satu dunia menjadi kecoh apabila NGO-NGO yang kononnya
memperjuangkan hak asasi manusia itu bangkit membela kematian para penjenayah terbabit
yang dinobatkan sebagai wira.
9. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan yang
terkorban mempertahankan kedaulatan tanah air daripada pencerobohan pengganas
pula dikatakan sebagai sandiwara. Itulah golongan yang bermuka-muka dan
berselindung di sebalik perjuangan mempertahankan hak asasi manusia!! Sebenarnya
lidah golongan itulah yang lebih tajam dari pedang, lebih bisa daripada ular.
10. Kepada keluarga Allahyarham dan juga seluruh keluarga anggota pasukan keselamatan yang terdahulu meninggalkan kita demi menjaga keselamatan rakyat, kedaulatan tanah air, Tempurung ucapkan takziah dengan iringan doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Tribute to SUMBER
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...