MISTERI KEHILANGAN #MH370 ,KENALI KEDANGKALAN TEORI KONSPIRASI ?!!

9 Mar 20148comments

Ibu ini mengalirkan air mata menunggu berita #MH370. Ya Allah permudahkanlah urusan kami 
1. Misteri kehilangan #MH370 masih menjadi tanda tanya. Seluruh jentera agensi Penyelamat dikerah untuk melaksanakan usaha mencari dan menyelamat. 

2. Namun malangnya, ada segelintir puak yang pelik di muka bumi di Malaysia ini yang tahu menuding jari menyalahkan orang lain. 

3. Dakwaan pihak tersebut bahawa Misteri Kehilangan pesawat #MH370 ini adalah rekaan Kerajaan Malaysia untuk mengalihkan tumpuan rakyat berhubung kes LIWAT pemimpin mereka amat dangkal sekali. 

4. Sekiranya sememangnya Kerajaan Malaysia berkomplot mahu melakukan konspirasi terbesar dalam sejarah Malaysia ini, Kerajaan Malaysia tidak akan meminta bantuan sehingga 9 Negara bergabung dalam misi Mencari dan Menyelamat ini. 

5. Amat bodoh apabila sebuah pihak yang mahu laksanakan konspirasi terancang tetapi meminta bantuan penyiasat-penyiasat handalan daripada 9 Negara luar termasuk negara yang dianggap kurang mesra kepada Kerajaan seperti Amerika Syarikat, dan Australia untuk menyiasat kehilangannya. Maka akan terbongkarlah 'konspirasi' tersebut.

6. Bukankah Australia dan Amerika Syarikat cukup baik dengan Anwar Ibrahim? Bodohlah kalau benar Malaysia melakukan 'konspirasi' ini memanggil kedua-dua negara ini untuk bekerjasama dalam misi mencari dan menyelamat? Atau sebenarnya juak-juak Anwar Ibrahim yang melaksanakan 'konspirasi' ini? 

7. Cukup pantas para cyber trooper pembangkang menghentam Kerajaan Malaysia. Lebih baik dan lebih mulia jika sekiranya cyber trooper pembangkang ini tidak menyebar berita palsu dan bersama-sama memanjat doa dan solat hajat semoga pesawat yang hilang ini dijumpai semula dengan krew dan penumpangnya masih selamat #Amin. 

8. Amat dangkal apabila teori 'konspirasi' Kerajaan Malaysia dihambur di alam maya oleh Puak-puak Pakatan Pembangkang sedangkan pengguna FB tahu bahawa Pilot yang membawa pesawat yang hilang ini penyokong kuat Pakatan Rakyat! 

9. Amat pelik jika beliau boleh bersekongkol dengan 'Kerajaan Malaysia' seperti dituduh. Hak berpolitik , sokong menyokong kepada mana-mana pihak adalah hak masing-masing. MHS tidak salahkan pilot tersebut, tetapi teori 'KonsPIRASI' ini amat jelik dan memualkan terutamannya tatkala keseluruhan rakyat marhain sedang dalam keadaan bersedih apatah lagi kaum keluarga mangsa! 

10. Yang penting, sudah pasti berlaku sesuatu perkara terhadap pesawat #MH370 sama ada terhempas di lautan, dirampas atau disembunyikan. Hanya Allah yang tahu. Berdoalah untuk kebaikan bukan mengambil kesempatan! Allahuakbar! 

Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
11 March 2014 at 06:35

sebenar nya kau yg berprasangka buruk dgn PKR. xde pn org PKR cakap mcm tu. Malaysia ni mmg sering berlaku masalah yg besar sejak dia ni jd boss. kalau dulu Lahad Datu. Skarang ni MH370. Tuhan nk tunjuk tu yg dia ni xbleh pakai.

Anonymous
11 March 2014 at 07:48

Konspirasi dunia.

Anonymous
11 March 2014 at 08:34

Ini semua konspirasi anwar ibrahim

Anonymous
15 March 2014 at 20:48

Bourne Supremacy, Bourne Identity dan Bourne Ultimatum

Anonymous
15 March 2014 at 20:49

Bourne Supremacy, Bourne Identity dan Bourne Ultimatum

12 June 2014 at 10:54

Anwar punya keje la

22 June 2016 at 08:57

Great blog, I love your articles and reports, good luck.

Consultation voyance gratuite

5 January 2018 at 02:02

Terima kasih atas tiket yang sangat bagus ini ... dan tersenyum (untuk subjek yang tidak jelas)!
voyance totalement gratuit

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team