#DAY5 ! TAHUKAH ANDA FAKTA MENARIK DAN POSITIF DALAM PENCARIAN #MH370 #PRAY4MH370 !!!!

11 Mar 20141comments

"Pandanglah tulisan ini, hayatilah dengan mata hati"

Di sebalik musibah yang melanda, terdapat seribu satu hikmah yang Allah SWT tuhan sekalian alam limpahkan kepada hamba-hambaNya yang mengerti. 
Orang yang mengalami pelbagai peristiwa sepanjang hidupnya, sentiasa diuji Allah. Melalui peristiwa-peristiwa sebeginilah orang itu memperlihatkan kepercayaannya, kepasrahannya dan keakrabannya kepada Allah, Zat yang telah memberinya kehidupan dan rahmat yang tidak terhitung banyaknya.


Antara nilai positif yang dapat kita lihat dalam Misi Pencarian MH370 adalah: 
1. Tatkala dunia dikejutkan dengan kepercayaan "Tidak Mempercayai Konsep Ketuhanan" , nampaknya semua pihak telah kembali akur bahawa, secanggih mana pun teknologi yang dibawa, KINI Kepercayaan kepada kekuatan Doa yang dipanjatkan kepada Pencipta kembali bertapak bukan sahaja buat penduduk Malaysia malah Penduduk DUNIA! TAHUKAH ANDA  #PrayForMH370 #DoaUntukMH370 menjadi World Trending di laman sosial! 
2. Tatkala kerapuhan perpaduan di antara rakyat Malaysia menunjukkan peringkat yang membimbangkan , kini Allah SWT telah menyatukan bukan sahaja rakyat Malaysia malah PENDUDUK DUNIA untuk bersama-sama berusaha mencari pesawat yang hilang tersebut!  Lihat sahaja penglibatan lebih 10 negara yang terlibat dalam Misi Search and Rescue ini! 
3. Tatkala orang-orang Islam jarang ke Masjid, Allah SWT menggerakkan hati-hati ini untuk pergi ke masjid melaksanakan solat hajat dan berdoa agar  dipermudahkan segala urusan! 
4. Tatkala rakyat Malaysia sedang dalam era menuju ke alam kegilaan politik duniawi yang menggila, Allah SWT mengalihkan tumpuan mereka kepada Penyerahan 100% terhadap Allah S.W.T dan berpindah dari pecahan politik yang melampau kepada penyatuan fikrah yang sejati ! 
5. Tatkala Dunia memandang Media Sosial merupakan medan maklumat yang boleh diserap sesuka hati, Allah S.W.T menunjukkan tidak semua yang dihidangkan di media sosial adalah BENAR dan Harus dipercayai! Lihat sahajalah jutaan rakyat Malaysia kini tertumpu kepada media konvensional demi mendapat berita yang terkini dan DIPERCAYAI! Tunggu sahajalah rating yang akan dikeluarkan oleh ASTRO AWANI, RTM, TV3, Radio dan lain-lain nanti. Penduduk dunia telah diajar untuk menolak berita PALSU dan Fitnah!  

Dalam keadaan itu, apa yang menimpa orang mukmin adalah untuk menyedarkan bahawa setiap kejadian bagi setiap detik kehidupan seseorang, pasti ada hikmah di sebaliknya. 
Seseorang perlu ingat bahawa setiap yang dijangkakan berlaku, mungkin berubah menjadi tidak baik baginya. Dalam Surah Al-Baqarah, Allah mengaitkan setiap apa yang manusia sangka baik, mungkin jahat manakala apa yang disangka jahat, adalah baik untuknya seperti firmanNya:
“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)
Percayalah : 

“Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi Saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikit pun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (Surah Yunus: 61)

INSYA ALLAH, 
MH370 pasti dijumpai dengan Izin Allah Azza Wa Jalla. .. Amin 

-MYHOMESOIL-

Share this article :

+ comments + 1 comments

22 June 2016 at 08:52

Congratulations on your wonderful site! Congratulations and good luck!

voyance mail gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team