KENALI PERJUANGAN KHAWARIJ..

16 Mar 20121comments


Perjuangan Khawarij
Tertarik dengan pendapat / artikel yang dijanakan oleh seorang Hamba Allah yang bernama Mohd Noor di dalam akaun FB nya.
Mari kita telusuri fakta ini.

Seandainya ada orang-orang berkata perbalahan UMNO dengan PAS di Malaysia hari ini adalah krisis politik kepartian semata-mata, kata-kata ini yang berkenaan adalah amat tidak benar. Imej PAS sekarang telah berubah warna daripada sebuah parti politik kepada sebuah parti lembaga agama. Senario pemimpin mereka dilambangkan sebagai ulama dan dislogankan sebagai pewaris Nabi. Mereka ditanamkan kepercayaan kononnya ulama mereka tidak akan melakukan kesilapan dan kenyataan mereka adalah fatwa yang tidak boleh disangkal. Kemudian disifatkan sebagai rabbani pula.

Memang benar bahawa pada permulaan penubuhannya pada tahun 1951 dahulu adalah sebagai sebuah parti politik. Penjajah British memberi keizinan penubuhannya pada tahun itu adal...ah untuk menyemarakkan krisis dikalangan orang-orang Melayu yang sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Mereka mengharapkan krisis tersebut akan menggagalkan usaha Melayu memperoleh kemerdekaan. Penjajah British bercadang untuk memperalatkan golongan minoriti ini bagi maksud untuk menghalang usaha-usaha murni UMNO itu. Mereka mempermudahkan pendaftaran PAS. Mereka mengharapkan Tuan Haji Fuad yang kalah pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua UMNO kepada Tunku Abdul Rahman Putra dalam Persidangan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada 25 Ogos 1951 boleh dipergunakan bagi maksud agenda penjajah selepas merdeka.

Tetapi usaha jahat itu sehingga kini tidak berhasil. Pada Pilihan raya umum pertama pada bulan Julai 1955 memberi kemenangan besar kepada UMNO dibawah lambang Perikatan. Pas hanya memenangi satu kerusi sahaja daripada semua kewasan Parlimen sebanyak 52 kerusi. Kekalahan PAS yang berterusan dalam semua pilihan raya umum selepas itu mendorong mereka mengambil satu sikap berani dan nekad mengagamakan parti mereka secara total, sama dengan tindakan yang pernah diambil oleh Khawarij dan Syiah kira-kira 1400 tahun dahulu. Kesannya sebilangan besar ahli dan penyokong PAS merasakan PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Menyokong PAS berarti menyokong Islam dan balasannya syurga. Sesiapa mengkritik PAS akan dihukum Allah diakhirat kelak atau diturunkan bala di dunia ini.

Fatwa mengharuskan bersahabat dengan syaitan, tuduhan Tuhan mencarut dan Tuhan samseng adalah doktrin PAS bersifat agama, tetapi bertujuan politik, iaitu mempengaruhi dan menguasai fikiran dan sikap orang ramai untuk berkuasa. Bertolak daripada fatwa seumpama inilah menyebabkan politik Melayu menunjukkan perpecahan yang ketara dikalangan mereka. PAS juga terpengaruh dengan doktrin Khawarij yang tersohor, iaitu Khalifah wajib ditaati apabila ia bersikap adil dan menjalankan syariat Islam. Jika menyeleweng maka mesti dibunuh. Pembunuhannya syahid dan mendapat syurga.

WALAU APA Pun kita adalah orang ISLAM ...PERJUANGAN ISLAM yang berlandaskan Al Quran dan Assunnah.. Tidak perlu kita mENCORAKKAN Islam dengan acuan POLITIK. Politik ada di dalam Islam tetapi bukan ISLAM dipolitikkan. Sama lah dengan istilah "MAKAN untuk Hidup, dan Hidup Untuk Makan"  -
Share this article :

+ comments + 1 comments

24 October 2019 at 07:03

Your blog is really great, I come on it every day and I always find something that suits me. This blog has a lot of friendliness and a warm welcome
thank you very much

voyance gratuite mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team