MB Negeri Sembilan tempelak mereka LARI bogel!

17 Mar 20123comments





DAP , PKR DAN PAS menunaikan nazar mereka untuk berlari sambil berbogel setelah MB Negeri Sembilan berjaya selesaikan Kemelut Tanah Sendayan...(depa cakap jer...buat tak berani - gambar hiasan!)
 

Negeri Sembilan, Mac 2012 , Cabaran demi cabaran berjaya disambut dengan jayanya oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan sejak beliau menerajui pemerintahan pada 25 Mac 2004. Tinggal beberapa hari lagi genap 8 tahun beliau KEMUDI Kapal Layar Negeri Sembilan yang ketika berada hampir sebaris dengan Kapal layar-kapal layar dari lain-lain Negeri yang maju di Malaysia.

Satu persatu isu besar yang melanda Kerajaan Negeri pada suatu ketika dahulu DISELESAIKAN dengan cemerlang oleh tokoh ini , yang pada mulanya diperlekeh KAWAN dan LAWAN. Teringat aku pada satu KEMELUT FELDA SENDAYAN yang menjadi API DALAM SEKAM di dalam pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan. Impian Peneroka Felda Sendayan untuk bergelar jutawan pada ketika itu dikatakan sangat KABUR dan Hampir Mustahil dek beberapa permasalahan pembayaran terhadap pengambilan Tanah peneroka yang gagal dipenuhi.

Di dalam ceramah pembangkang, mereka mencabar , sekiranya Tok Mat Hassan dapat menyelesaikan isu Tanah Sendayan, mereka akan LARI BERBOGEL!! Masih terngiang-ngiang aku akan cabaran itu. Namun setelah KEMELUT yang hampir 10 tahun menuntun jiwa peneroka sudah dapat DISELESAIKAN, mereka diam membisu pula....

APA YANG KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN SELESAIKAN......

1. Peneroka Felda Sendayan menerima pampasan antara RM450,000 dan RM685,780 seorang

2. Peneroka diberi Tanah pertanian seluas 0.4 hektar yang bernilai RM348,480

3. Satu unit banglo setingkat empat bilik dengan keluasan bangunan 167.2 meter persegi di atas tanah seluas 929 meter persegi bernilai RM240,000 yang kini dinilai berjumlah RM 600-RM 700  sebuah banglo .

4. Mereka juga diberi pilihan untuk memilih tiga jenis model banglo mengikut kesesuaian sendiri.

Dalam pada itu, seorang peneroka, Osman Ali, 74, berkata, beliau amat bertuah kerana sempat menikmati hasil keringat setelah berpuluh tahun membanting tulang di Felda Sendayan.


Banglo untuk Penduduk Felda Sendayan, Seremban NSDK

FELDA SENDAYAN KINI MEMBANGUN!


MANA janji depa untuk lari berbogellll!!!!!!!!  Awat? tak berani kah???


Aku salute dengan MB Negeri Sembilan yang bijak dan berani!!!!! Begitu strategis!

Semoga orang macam MB Negeri Sembilan ini diberi kekuatan Iman, Mental dan Fizikal untuk terus menerajui Negeri Sembilan dan dapat memajukan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan makmur sepanjang 8 Tahun Pemerintahan Beliau! Orang-orang Islam memerlukan pemimpin seperti ini untuk terus maju ke hadapan! Amin Ya Rabbal Alamin...

Mana Bogel?? Mana BOGEL??? hahaha!


Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
17 March 2012 at 22:22

Orang yang suka komen macam-macam tu kebanyakannya dah berhijrah ke KL. Konon hidup di kota metropolitan anggap mereka lebih advance banding kita-kita yang hidup di kampung, felda dan luar bandar. Padahal hidup mereka tu lagi kerkepong macam kepompong.
Agak-agak bilalah pulak orang Felda Bukit Besar nak rasa macam tu. Ni ada dua ekor parasit besar cukup2 betul bakar darah. Asyik2 perlekehkan pengurusan felda. Bangang betul le!

Anonymous
17 March 2012 at 22:32

mesti ada penyelesaian...PARASIT..PARASIT ni sama ja macam parasit SENDAYAN dlu.....

24 October 2019 at 07:03

Hello, I discover your blog this afternoon and I want to congratulate you for the work done bravo and good luck. Sincerely

voyance gratuite en ligne

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team