PBT PASIR GUDANG.... OH MPPG!

2 Mar 20122comments



2 Mac 2012, Pasir Gudang, Johor - Tindakan Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang seakan-akan mensabotaj pihak Kerajaan dan Kepimpinan UMNO di Pasir Gudang tidak boleh dimaafkan dan perlu ditangani dengan segera. Ini adalah berikutan tindakan pihak penguatkuasaan MPPG yang sering mengganggu gerai-gerai kecil Melayu yang berniaga tanpa diberikan LESEN walaupun selepas permohonan dilaksanakan.

"Antara alasan mereka adalah Lesen Berniaga telah dibekukan." kata seorang penggerai minuman yang ditemuramah oleh pihak kami.  Alasan-alasan di sini dianggap tidak munasabah.

Seorang lagi penggerai Ayam Goreng yang ditemuramah menyatakan beliau dikompaun sebanyak 4 kali walaupun baru membuka gerai ayam goreng di kawasan Taman Kota Masai sejak sebulan yang lalu dan sering diugut oleh MPPG untuk merampas peralatan mereka. Ada di antara penguatkuasa menyatakan perlu ada "orang dalam" untuk mendapatkan lesen. - CITIZEN JOURNALIST-


 Sikap segelintir penjawat awam yang tidak faham akan dasar-dasar kerajaan dan kepimpinan tertinggi menyebabkan rakyat memandang serong ke atas Kepimpinan Atasan Kerajaan.

Penjawat awam perlu menyahut seruan kerajaan dengan bersikap adil dan berintegriti di dalam melaksanakan semua arahan-arahan dan tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan seruan YAB TPM yang menyatakan PENJAWAT AWAM PERLU LEBIH RESPONSIF melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan yang turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.  




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SemakanSBPAsiapawalApril/Article

pssst.. Penjawat Awam perlulah memikirkan kaedah dan cara menyelesaikan masalah rakyat, bukan menyusahkan rakyat!!!  DARIPADA pemerhatian, Kebanyakan Penggerai adalah terdiri daripada PENGANGGUR DAN PESARA KERAJAAN / SWASTA.

MEREKA MENCARI REZEKI YANG HALALLLLLLLLLL!
JANGAN JADI MACAM KERAJAAN DAP DI Pulau Pinang...Kebanyakan penggerai di Pasir Gudang adalah orang-orang MELAYU.....

MPPG digesa untuk membuka permohonan dan memudahkan permohonan penggerai terutamanya yang terletak di kawasan-kawasan KEDAI untuk memberi laluan kepada mereka untuk mencari REZEKI!

Usaha ini adalah Usaha Menyelamatkan UMNO daripada penjawat awam yang tidak BERTANGGUNGJAWAB dan TIADA nilai Kreativiti dalam menyelesaikan masalah!

UMNO ADALAH Kepimpinan Melayu Islam yang dapat memajukan UMMAH!


KEBABOOOOMMMMMMMMMMM!

Share this article :

+ comments + 2 comments

2 March 2012 at 10:49

Elok sangat la tu.Mesti tu penyokong sayangku sebenarnya yang kerja kerajaan.Jom membontot dan jatuhkan kerajaan dari dalam.

2 March 2012 at 18:13

Mungkin boss depa x tau...depa buat macam tu...Penjawat Awam perlu bersatu mengukuhkan kedudukan kerajaan sedia ada dengan mengamalkan sikap integriti yang tinggi. Depa x perlu berkempen, depa hanya perlu bekerja dengan sepenuh hati ja..tu kan dituntut Islam....

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team