SHAH ALAM – Idea perdebatan antara Pengarah Eksekutif Lawyers For Libety, Eric Paulsen dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia mungkin akan menjadikan keadaan semakin rumit.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, Eric jelas melakukan kesalahan dengan menghina Islam dan tindakannya harus disiasat di bawah undang-undang yang melindungi kepentingan agama negara ini.
“Walaupun tindakan pihak berkuasa menahan Eric menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pemimpin politik yang berada di belakang peguam terbabit, namun kepentingan agama dan masyarakat harus didahulukan.
“Cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia supaya sesi perdebatan antara Jakim dan Eric dibuat bagi meredakan kemelut ini merupakan satu cadangan yang kurang matang. Eric telah menghina agama Islam dan tindakannya itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, tindakan Eric yang mempersoalkan dan menghina ibadat serta agama masyarakat Islam boleh mencetuskan huru-hara, sekaligus menghancurkan keamanan Negara.
“Dengan menyifatkan khutbah Jumaat sebagai seruan kepada kegiatan ekstremis, Eric secara terang-terangan telah menghina Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
“Tindakannya bukan sahaja menggores hati umat Islam malah turut menimbulkan keresahan rakyat Negara ini yang berbilang kaum,” katanya lagi. -Sinar-
GOVERNMENT CHANGE AND THE CIVIL SERVANT
6 years ago
+ comments + 2 comments
Saya datang di laman web anda dari semula, jadi saya berinteraksi dan saya meletakkan komen apabila ia mencabar saya dan ia adalah berbaloi.
Terima kasih kerana artikel ini mengandungi banyak nasihat yang baik. Ia adalah sesuatu yang saya mempunyai kesulitan memahami sebelum ini.
gay telephone
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...