Kuala Lumpur: 14 Mei 2012 -Monopoli dalam Majlis Peguam yang berlaku ketika ini boleh diatasi jika semua 14,000 ahlinya yang majoritinya adalah beragama Islam hadir di dalam semua mesyuarat badan tersebut.
Penasihat Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Datuk Muhammad Burok mendedahkan setiap kali badan tersebut mengadakan mesyuarat , jumlah kehadiran peguam Islam terlalu sedikit adakalanya tidak sampai 20 orang.
Semasa Hari Pengundian Bar Council Malaysia. Mana Peguam-peguam Islam? |
"Semua ini menyebabkan suara yang sepatutnya majoriti bertukar menjadi minoriti sehingga setiap keputusan yang diambil Majlis Peguam bukannya mewakili suara ramai"
Katanya lagi, "Cara paling cepat untuk mengubah majlis itu menjadi lebih bebas ialah dengan hadir mengundi pada setiap mesyuarat supaya ahlinya dapat memilih pemimpin terbaik. "
MyHomeSoil melihat perkara yang berlaku di dalam Majlis Peguam merupakan cermin bagi Malaysia jika diambil dari spektrum pengundian, kuasa dan keputusan.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah Negara , jika dilihat dari aspek Pengundian, sekiranya orang-orang ISLAM tidak bersatu di dalam pengundian atau mengambil sikap sambil lewa, perkara seperti apa yang berlaku di dalam Majlis Peguam akan berlaku di dalam pola pengundian penduduk. Peratusan Keluar Mengundi Masyarakat Islam akan merudum jika sekiranya tiada kesedaran untuk mengundi. Itulah yang terjadi dalam Majlis Peguam , ramai Peguam Islam tidak turun mesyuarat pemilihan dan sebagainya.
Maka, ia akan jatuh kepada Aspek Kuasa pula, sememangnya, sekiranya kehadiran pengundi yang hadir adalah amat kurang, ternyata, kuasa Pemerintah terletak di tangan mereka yang datang untuk mengundi yang majoritinya adalah Bukan Melayu dan Bukan Islam.
Dari Aspek Keputusan, sudah semestinya keputusan-keputusan Kerajaan kelak adalah tidak seimbang , walhal penduduk majoriti adalah orang-orang Islam. Dek kerana kealpaan orang-orang Melayu dan Islam untuk menjalankan tanggungjawab, ia akan menyebabkan kerugian kepada bangsa dan agama .
Apa yang berlaku di dalam Majlis Peguam di Malaysia adalah satu cermin kepada apa yang akan berlaku di dalam negara kelak.
Sesungguhnya, setiap yang berlaku bukan satu kebetulan atau ianya berlaku secara tidak sengaja. Allah telah menentukan setiap sesuatu dengan aturan yang telah ditetapkan. Manusia sahaja yang perlu menilai dan mengambil iktibar terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
Untuk Makluman, di bawah adalah Senarai Nama Bar Council atau lebih dikenali Majlis Peguam. Berapa jumlah peguam-peguam Islam yang memegang jawatan? High Comittee Level(President sampai Treasurer) mereka pun tiada seorang pun Peguam Islam...
Bar Council Members 2012/2013
Lim Chee Wee (President, Malaysian Bar) |
Christopher Leong (Vice-President, Malaysian Bar) |
Tony Woon Yeow Thong (Secretary, Malaysian Bar) |
|
Andrew Khoo Chin Hock |
George Varughese |
Hendon Mohamed |
Kuthubul Zaman Bukhari |
Low Beng Choo |
Richard Wee Thiam Seng |
Syamsuriatina Ishak |
Yasmeen Hj. Muhamad Shariff |
S Gunasegaran |
K Mohan K Kumaran |
Brendan Navin Siva |
Kanarasan Ghandinesen |
Bar Council Secretariat's Management Team:
Rajen Devaraj (CEO and Head of Finance & Administration Division)
Chin Oy Sim
(Deputy CEO and Head of Communications Division)
Gayathri Chidambara Iyer
(Assistant Director, Membership, Admission and Lawcare Departments)
Lily Aw
(Assistant Director, Finance & Administration Division)
Thanuja Rani
(Assistant Director,Complaints & Intervention Department, and Compensation Fund)
Sumitha Shaanthinni Kishna
(Executive Officer, Practitioners Affairs Division)
Cheryl Foo
(Executive Officer, Human Resource Department)
Saliha Hassan
(Executive Officer, Complaints & Intervention Department) Ezane Mansor (Executive Officer, Information Technology Department) |
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...