ANTARA 10 MALAM TERAKHIR UMAT ISLAM DI MALAYSIA, FITNAH PASANGAN PEMIMPIN SAMA RANCAK!

8 Jul 20154comments

1. Alhamdulillah, umat Islam yang membaca coretan ini pada pagi ini berkesempatan berada di dalam bulan Ramadhan apatah lagi kita dijemput Allah S.W.T untuk bersama-sama berada di 10 malam terakhir Ramadhan yang dalamnya mengandungi Satu - satu nya malam yang bernilai pahala gandaan 1000 bulan - Lailatul Qadr.
 
2. Lailatul Qdr - bukan sahaja disebut Allah di dalam Alquran (Surah Al Qadr) berlakunya penurunan Jibril dan Para Malaikat ke langit bumi dengan Izin Allah untuk membawa semua perkara yang ditakdirkan untuk tahun yang berikutnya, malah ditaukidkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadithnya yang mafhumnya menyeru umatnya melebihkan amalan di 10 malam terakhir.
 
Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
                                        
A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
                                        
A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
                                        
A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
                                         
A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

 

AKTIVITI UTAMA SEGELINTIR UMAT ISLAM DI MALAYSIA

 
3.Malangnya, umat Islam di Malaysia lebih berminat dengan propaganda jahat di media-media sosial dengan mengumpat, mengeji dan menfitnah pimpinan Negara , walhal lebih elok kita memanjatkan doa , tahajjud memohon negara dan agama ini sentiasa dipelihara , diberi kepimpinan yang baik dan mulia.
 
 4.Segelintir umat Islam di Malaysia sanggup mengorbankan waktu Ramadhan di siang hari untuk mereka poster-poster isteri Perdana Menteri dan menyebarkan sebagai idea reformis berpaksikan kebejatan ideologi barat dan kuffar dalam agenda meruntuhkan kepimpinan Islam.
 
 5. Tidak menafikan bahawa segala salah laku perlu di SIASAT dan DIHUKUM pelakunya, tetapi ADILkah kita menghukum seseorang sebelum perbicaraan berlangsung? Malah siasatan berada di peringkat awalan demi kerana SEBUAH LAPORAN MEDIA yang sama menjatuhkan HUKUMAN kepada Rakyat Iraq, Afghanistan dan lain-lain Negara Islam yang dirogol Pasukan Bersenjata EROPAH!  
 
6. Maka rugilah tempoh-tempoh suci umat Islam di Malaysia sekiranya fitnah, cacian dan makian ini diteruskan . Amat tidak steady UMAT Islam Malaysia yang dilihat cepat melatah dek kerana sebuah laporan BLOG.
 
7. Maka beruntunglah ROSMAH dan Najib yang saban hari difitnah di caci diumpat dan dikeji terutamanya pada malam-malam Terakhir Ramadhan yang dalamnya terkandung Malam Seribu Bulan.
  
8. MHS mendoakan DSN Najib dan  Datin Rosmah cekal menghadapi ujian ini dan Mereka berdua WAJIB membuktikan kebenaran disebalik kekalutan ini dek kerana sebuah Laporan yang ditaja Yahudi. -WSJahanam.  
 

MHS SERU , bulan baik , hari baik ini Rakyat Malaysia sentiasa ''forward' benda-benda yang baik dan memberi impak pahala kepada diri dan orang yang kita sayang. Teringat seorang Ustaz kata, kalau kita terima benda yang tak baik menerusi Whatsapp Kita, cukup lah kita sahaja yang membaca - jangan disebar-sebarkan kerana dosa itu tersebar meluas sebagaimana meluaasnya fitnah berkenaan.


 
Share this article :

+ comments + 4 comments

8 July 2015 at 19:44

Fitnah kat ANWAR IBRAHIM...sampai teraniaya..Malik penjara..APA CERITA pulak...

8 July 2015 at 19:57

Saudara Anwar Ibrahim telah pun dibicarakan di Mahkamah Dunia. Tunggu lah diakhirat. Najib Razak, belum pun dibicarakan .. . dah dihukum. Apatah lagi bersumberkan media Yahudi . Apa cerita?

8 July 2015 at 20:05

Dan, apakah kita harus membudayakan amalan fitnah sebegini ?

27 December 2016 at 04:15

Saya suka artikel anda, saya merasa sangat yang ditulis dengan baik dan berstruktur ia berubah kerana ia tidak sering mendapat untuk melihat ini jenis artikel.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team