PAS ANGKAT KEADILAN DALAM ISU NAJIB SEPERTIMANA ISU ANWAR

5 Jul 20151comments

1. Kenyataan - kenyataan pimpinan Ulama PAS dilihat tidak mendahului prejudis , sempadan politik dan agama dalam meneliti dan memperhalusi isu yang sedang melanda pimpinan Negara terutamanya TUDUHAN Melulu Media Asing terhadap DS Najib kononnya Sejumlah wang dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib .
 
2. Tindakan PAS ini amat bertetapatan dengan TEGASAN Allah S.W.T apabila kita perlu meneliti sesuatu berita yang dikhabarkan golongan fasik sebelum mengambil perkara tersebut sebagai fakta dan pertimbangan untuk mempersalahkan sesuatu pihak sesuai dengan SERUAN ALLAH S.W.T  
 
Allah berfirman,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat : 6].
3. Konsep keadilan sebegini telah diambil Pimpinan PAS sepertimana tuduhan terhadap DS Anwar Ibrahim sehinggalah mahkamah mengadili dan membuktikan pengadilan kepada beliau.
 
4. Mengapa masyarakat tidak mengambil konsep yang sama terhadap DS Najib yang dituduh oleh media asing (yang bukan sahaja fasik , tetapi golongan kuffar yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap Negara-Negara Islam!
 
 

KENYATAAN TERKINI MURSYIDUL AM PAS

 
PUTRAJAYA 4 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menggesa tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu artikel Wall Street Journal (WSJ) perlu disiasat terlebih dahulu kerana dilihat tidak logik.                 
 
Haron Din Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, perkara berkenaan dilakukan melalui akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi. "Oleh itu, saya merasakan laporan itu mesti disiasat kebenarannya sama ada benar atau tidak. "Jika sebelum ini banyak laporan dikaitkan dengan Perdana Menteri dan syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), tetapi setelah dijelaskan satu persatu, banyak berita didapati tidak benar," katanya yang ditemui dalam Majlis Iftar Amal Darul Fuqaha di sini hari ini.
 
Semalam, WSJ dan portal Sarawak Report menerbitkan satu artikel dengan mendakwa kira-kira RM2.6 bi­lion dana awam telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Haron berkata, artikel itu merupakan satu tuduhan berat kerana boleh menjejaskan ekonomi negara menerusi kehilangan kepercayaan dalam kalangan pelabur. Sementara itu, beliau memberitahu, Majlis Syura Ulama Pas akan mengadakan mesyuarat sebelum Aidilfitri bagi membincangkan usul Dewan Ulama Pas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP. Katanya, DAP tidak perlu melatah dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Pas kerana usul itu belum diputuskan di peringkat tertinggi parti.
 
"Majlis Syura baharu sahaja dibentuk kerana badan ini diwakili oleh wakil Jawatankuasa Pas Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang dipilih dalam muktamar baru-baru ini. "Jadi soal siapa tolak siapa tidak perlu diperbesarkan kerana usul ini belum diputuskan," katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tuduhan-ke-atas-perdana-menteri-tidak-logik-1.110665#sthash.1K94slpP.dpuf
Share this article :

+ comments + 1 comments

27 July 2015 at 07:15

Grazzi ewwel għal dan il-blog kbira. I ġejjin kull ġurnata inkluż weekends! Xorti tajba

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team