HARAPAN BARU YANG PALSU.

22 Jul 20153comments


HARAPAN BARU YANG PALSU.


1. Sepanjang cuti Syawal selama 1 minggu, MHS berkesempatan melawat saudara mara , pakcik , makcik, jiran kampung untuk beramah mesra bertanya khabar dan merapatkan silaturrahim.
 
2. Banyak benda yang diperbualkan apabila sanak saudara berkumpul, termasuklah mengenai Perdana Menteri , situasi semasa negara dan Mat Sabu bersama geng Harapan Barunya.
 
3. Ada di antara mereka adalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terutamanya orang-orang Melayu yang setia dengan PAS. MHS sempat mengesan ketidakpuasan ahli-ahli akar umbi PAS terhadap perjuangan Mat Sabu dan Geng Harapan Barunya. Mereka tidak suka DAP, mereka tidak suka sikap DAP yang terlalu rasis.
 
4. MHS bukan jumpa seorang atau dua orang, tetapi ramai orang dan mereka bercakap dengan nada yang sama yang secara konklusinya menyatakan "HARAPAN BARU TERSEBUT HANYALAH SEBUAH HARAPAN PALSU"
 
5. Maka legalah MHS , bukan sahaja UMNO sahaja yang tidak suka pada DAP, malah geng-geng PAS juga meluat dengan DAP. Secara keseluruhannya, orang-orang MELAYU memang TIDAK SUKA DENGAN PARTI DAP YANG RASIS.

 

BAIAH ADALAH SAH DI SISI ISLAM  -TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS.


Kota Bharu: “Dalam hukum Islam, sekali kita sebut, ia akan beri kesan berpanjangan, bukan untuk hari ini atau esok,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau mengulas mengenai bai’ah kesetiaan membabitkan pemimpin parti itu yang diperjelaskan sebagai ikatan sumpah yang tidak boleh dilanggar begitu saja apabila mahu keluar parti.

Menurutnya, bai’ah PAS sudah diamalkan sejak 2004 mengikut lunas Islam dan mengakui ia adalah ikrar taat setia yang menuntut ketaatan serta kepatuhan terhadap parti.

“Bai’ah ini memang betul ada dan diamalkan, sejak 2004.

“Apabila ia berlaku, dalam hukum Islam, sekali kita sebut, ia beri kesan berpanjangan seperti mana (kenyataan) yang dikeluarkan Ketua Hakim Syarie Kelantan (Datuk Daud Muhammad).

“Jangan main-main dengan perkara ini. Ia ada kesannya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama Mahasiswa Kelantan sempena sambutan Aidilfitri di Balai Islam Lundang, di sini, semalam.

Isu bai’ah PAS timbul selepas dibangkitkan kepimpinan PAS selepas kelompok progresif parti yang tewas dalam pemilihan ketika Muktamar Tahunan lalu giat mempromosikan Gerakan Harapan Baru (GHB), parti baharu menggantikan PAS.

Malah, Daud dalam dipetik berkata, bai’ah dilafazkan ahli PAS adalah talak yang sah dan hakiki walaupun ia dilafazkan secara bersumpah, berikrar atau bergurau, justeru, tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya.

Katanya, sumpah bai’ah talak tiga yang dilafazkan ahli PAS juga memerlukan mereka membuat pengesahan di Mahkamah Syariah, malah tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.

Mengulas lanjut, Ahmad mahu pihak yang berhasrat melanggar bai’ah diikrar supaya tidak mempermainkan sumpah itu.

Beliau juga menyelar tindakan wakil rakyat PAS yang berhasrat menyertai GHB supaya keluar parti secara terhormat dan melepaskan jawatan.

“Keahlian mereka terlucut secara automatik dengan parti lama jika mahu bersama parti baru,” katanya.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Bekas ahli PAS
22 July 2015 at 21:15

PAS buangkan ideologi ideologi khawarij, wahabi, syiah, liberalist ,susun semula tarbiyah berdasarkan ASWJ Maturidi-Assha'ri-Salaf sebenar, insyaAllah aku dan famili join semula.
Dulu dulu muda muda dulu aku mmg ikut usrah PAS, no ahli aku rasa lagi awal dr Dr Hasan Ali, tp bila sedar kecenderungan PAS sedemikian, terpaksalah aku berundur, takut tergolong sama dgn golongan sedemikian di Mahsyar nanti. Aku pelik ust ust dlm PAS tak perasan ke?

24 July 2015 at 03:09

Saya menghargai, sebab saya mendapati apa yang saya cari. Anda telah berakhir memburu lama empat hari saya! Tuhan memberkati anda manusia. semoga hari anda indah. Bye

27 July 2015 at 07:10

Hello,
a quick nota biex jgħidlek I imħabba blog tiegħek, so I ma jċaħħdu myself!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team