GENG KENA TENDANG PAS NEGERI SEMBILAN BERSEKONGKOL DENGAN PASUKAN SERPIHAN PAS PUSAT!

23 Jul 20153comments

GENG KENA TENDANG PAS NEGERI SEMBILAN BERSEKONGKOL DENGAN PASUKAN SERPIHAN PAS PUSAT!

 
 
1. GENG KENA Tendang PAS Negeri Sembilan dilihat bersekongkol dengan Mat Sabu dan Geng Harapan Baru apabila poster Jelajah Perdana Geng Harapan Baru disebar kepada umum yang akan diadakan tidak lama lagi.
 
2. Wajah  Bekas Adun Paroi (PAS)  Taufek merangkap BEKAS PesuruhJaya PAS yang tidak dilantik kembali penggal 2015 ,  bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005-2011) - Zulkifli Omar  dilihat membarisi kepimpinan Geng Harapan Baru Negeri Sembilan yang baru bersekongkol dengan DAP dan membelakangkan kepimpinan ULAMA' PAS Pusat.
 
3. MHS mentafsirkan tindakan mereka ini sememangnya tindakan terdesak demi survival politik sempit berteraskan peribadi. Manakan tidak, semua barisan kepimpinan Harapan Baru Negeri Sembilan merupakan Barisan Kepimpinan Lama yang ditolak perwakilan PAS Kawasan seluruh Negeri Sembilan! Mereka semua juga merupakan calon-calon PAS yang kalah 100% kepada calon-calon UMNO di Negeri Sembilan!
 
 
4. Senarai di bawah adalah kepimpinan Baharu PAS Negeri Sembilan setelah saf kepimpinan lama ditukar dan dirombak perwakilan PAS Negeri Sembilan:
 
Pesuruhjaya : Ustaz Mustafa Daharum (Jempol)Timbalan Pesuruhjaya 1 : Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (Rasah)
Timbalan Pesuruhjaya 2 : Rafie Mustapha (Kuala Pilah)Timbalan Pesuruhjaya 3 : Razakek Abd Rahim (Tampin)Setiausaha : Rahim Ujang (Kuala Pilah)
Bendahari : Ustaz Mustafa Dolah (Seremban)
Ketua Penerangan: Karim Sahini Abdul razak (kuala Pilah)Pengarah Pilihanraya : Fadli Che Mee (Seremban)Ketua Dewan Ulama : Ustaz Mohd Khairi Zainuddin (seremban)Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Noraz man Mohamad (Kuala Pilah)
Ketua Dewan Muslimat; Fazilah Abu Samah (kuala Pilah)
 
 
 
 
 

 
 
PETIKAN BERITA :
 
SEREMBAN: Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri ini ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar, sebagai pengerusi.
Bekas calon PAS kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, memimpin parti itu antara tahun 2005 hingga 2011.
 
Beliau dibantu oleh bekas Pesuruhjaya PAS negeri sejak tahun 2011 yang tidak dilantik semula tahun ini, iaitu Mohd Taufek Ghani, sebagai Timbalan Pengerusi 1.
 
Jawatan Timbalan Pengerusi II pula disandang oleh bekas Pesuruhjaya PAS negeri antara tahun 1999 hingga 2001, iaitu MK Ibrahim A Rahman.
 
Zulkefly Mohamad berkata, mereka masih menjadi ahli PAS hingga GHB berfungsi sepenuhnya sebagai parti politik.
"Kami yakin GHB akan mendapat sokongan rakyat kerana berdasarkan maklum balas setakat ini, ramai yang berminat untuk menjadi ahli di negeri ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, GHB akan bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam perjuangan sebagai parti politik.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Terima kasih kerana writeup yang baik. Ia sebenarnya adalah hiburan yang akaun itu. Lihatlah maju untuk jauh ditambah bersetuju daripada anda! Dengan cara ini, bagaimana kita boleh berkomunikasi?

27 July 2015 at 07:09

Hello, I really love dak li inti tagħmel I wonder kif I jistgħu qbiżt blog tiegħek

4 November 2016 at 06:07

Tahniah, teruskan kerja yang baik. Saya akan kembali dan melakukan pengiklanan untuk laman anda.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team