PARTI MANA PALING STABIL DI MALAYSIA KETIKA INI ?

28 Jul 20151comments

1. Semalam menyaksikan satu lagi penciptaan kemelut baru dalam politik tanahair terutamanya buat politik orang-orang Melayu. Warna warni politik semakin terang dan menunjukkan indikasi tertentu selepas Aidilfitri sebagaimana Aidilfitri itu di sambut dengan penuh kemeriahan oleh orang-orang Islam. 

2. Tanpa diduga, selepas PAS digoncangkan dengan Ideologi Harapan Baru, kini UMNO pula diduga dengan ketiadaan pemimpin-pemimpin tertentu yang telah dirombak oleh YAB PM. Pengguguran beberapa pemimpin yang dominan di dalam kabinet YAB PM sememangnya menguji kesetiaan orang-orang Melayu dalam parti yang bernama UMNO. 

3. Maka bergoncanglah parti-parti orang-orang Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia, sedangkan pihak musuh hanya perlu menunggu mencari peluang dan ruang menyelinap masuk menikam seorang demi seorang. 

4. Antara percaya atau tidak, parti - parti  yang mewakili suatu kaum tertentu tetap utuh dan kukuh perpaduan mereka dan konsisten dalam perjuangan mereka iaitu memajukan lagi bangsa mereka dan menentang Pelaksanaan Hukum Allah Azza Wa Jalla. Baik puak kiri, mahupun puak kanan , mereka tidak mempunyai masalah dalam parti politik mereka. 

5. Perkara ini perlu disedari oleh kita baik pemimpin Islam mahupun rakyat kerana hanya dengan perpaduan yang utuh sahaja boleh menyelesaikan banyak masalah. Benarlah kata orang-orang tua, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 


Share this article :

+ comments + 1 comments

27 December 2016 at 04:06

Saya bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat dalam artikel tersebut.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team