CUACA PANAS MELAMPAU SEHINGGA MAC 2016, RAKYAT PERLU BERSEDIA TERMASUK KRISIS AIR SELANGOR

2 Jul 20152comments

KUALA LUMPUR 2 Julai - Fenomena alam El Nino iaitu keadaan cuaca panas melampau kini berada di tahap membimbangkan dan negara turut tidak terlepas mengalami bahang suhu cuaca panas melampau ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata daripada segi ramalan yang telah dilakukan, lebih 80 peratus kebarangkalian menunjukkan bahawa El Nino akan bertahan sehingga 2016.

Jumlah taburan hujan juga direkodkan kurang pada tahun ini dan El Nino kali ini juga diramal sama dahsyat seperti pada tahun 1997.

Dr Azizan yang hadir dalam Agenda Awani pada Rabu menambah bahawa negara perlu bersedia dan merancang dengan menyediakan persiapan secukupnya sebelum terjejas akibat fenomena El Nino.

Berdasarkan pengalaman pada 1997, negara perlu mempunyai perancangan dengan melihat kesan serta tindakan akibat impak buruk daripada El Nino ini.

Kesan daripada fenomena El Nino banyak memberi impak apabila rantaian bekalan makanan dan ekonomi terjejas apabila cuaca panas yang berpanjangan.

Tambahnya, negara masih kurang bersedia dan perlu meningkatkan kepakaran serta melabur dalam kajian perubahan iklim bagi menyediakan kapasiti serta rangka operasi menghadapi cuaca panas ini.

Cuaca panas yang sedang dialami ketika ini dijangka akan berlarutan sehingga Mac 2016.

 

MEMANDANGKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DITERAJUI AZMIN ALI BERGELUT DENGAN ISU AIR, RAKYAT NEGERI SELANGOR AKAN MENERIMA IMPAK YANG LEBIH BAGI MENGHADAPI CUACA PANAS JIKA KRISIS AIR INI MASIH BERLARUTAN!  

 
 

Share this article :

+ comments + 2 comments

1 April 2016 at 06:04

It is with pleasure that I look at your site; it's great. Really nice to read your nice sharing .Continuez well and thank you again.

voyance gratuite par mail

30 August 2021 at 04:41


Un petit pour vous dire que votre blog est super!

voyance en ligne immediate

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team