KEPIMPINAN AKAR UMBI UMNO WAJIB MUHASABAH!

27 Jul 20152comments

Kepimpinan Akar Umbi UMNO juga wajib bermuhasabah bagi memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat. Itulah gesaan MHS selaku pemerhati politik yang tidak jauh, tidak juga dekat.

 
Kepimpinan tempatan terutamanya golongan muda, harus lah berpaksi kepada semangat perjuangan yang jelas sepertimana pejuang-pejuang UMNO terdahulu. Kepimpinan Muda seharusnya mempunyai anjakan paradigm yang tinggi bagi memperbaiki kedudukan parti dalam kalangan masyarakat muda.
 
Kepimpinan Muda di dalam UMNO di bahagian-bahagian mahupun cawangan perlu menjadikan diri mereka sebagai ROLE MODEL  belia , bukan sahaja berjaya atas kapasiti parti , malah menunjukkan keperibadian dan akhlak yang mulia.
 
Sikap sombong dan angkuh - memakai kereta besar masuk ke kampung dengan gelaran dato' nenek yang jelas orang boleh melihat bukan dari hasil usaha sendiri haruslah dibuang jauh-jauh. Kepimpinan muda UMNO perlulah progressif, mudah didekati, bersikap terbuka menerima pandangan dan bersopan santun.
 
Masyarakat pada mulanya akan menilai kepada keperibadian seseorang, kemudian barulah mereka akan terpikat dengan institusi yang dipegang oleh peribadi tersebut. Disebabkan itulah , Allah S.W.T menekankan masyarakat Islam wajib untuk mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi.
 
Ingatlah Kepimpinan Muda UMNO , anda belum lagi siapa-siapa dan mempunyai apa-apa . Apa yang diwarisi anda adalah warisan pejuang nenek moyang anda. Anda wajar mengorak langkah anda sendiri. Jadilah sirih yang sentiasa pulang ke gagangnya, bukan menongkah langit , menyombong diri!
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
27 July 2015 at 17:14

Orang UMNO ramai tapi tak sempat keMasjid mana nak dapat berkat, dapat pertolongan Allah, murah rezeki.

Anonymous
27 July 2015 at 17:48

Ta kan nak ke masjid pun nak tampal logo Umno dn umum Hai...kamu semua aku org Umno. Bodoh punya tulisan.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team