MB NEGERI SEMBILAN BERANG ORANG MENYAMAR JADI DIRINYA DAN DIVIRALKAN!

29 Jul 20153comments


KENYATAAN MEDIA YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERHUBUNG PENYEBARAN RAKAMAN AUDIO PEMBOHONGAN DAN FITNAH BERKAITAN YAB PERDANA MENTERI, DATO' SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK


1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

2. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu.

3. Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang  bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

4. Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti UMNO mahupun dalam kerajaan.

5. Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya.
Sekian, terima kasih

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan

Den dah dongar rakaman suara yang dikatakan suara MB Negeri Sembilan tu. memang jauh panggang dari api! Tak samo eh. Ideo pun tak samo apatah laei caro pikir n cakap! MB Negeri Sembilan ADO KLASSS Kalau bercakap!! 

Share this article :

+ comments + 3 comments

30 September 2015 at 03:59

Saya tidak pasti mengapa tetapi weblog ini memuatkan sangat perlahan untuk saya. Adakah orang lain yang mempunyai isu ini atau adakah ia masalah bagi pihak saya? Saya akan menyemak kembali di kemudian hari dan lihat jika masalah masih wujud.

16 February 2017 at 03:52

artikel yang hebat seperti biasa. Mengucapkan terima kasih untuk semua yang anda kita berkongsi.

30 August 2021 at 04:37

Que j'aime beaucoup votre site. Vous donnez avec tant de générosité que je ne peux pas sous silence mon merci.
voyance par mail gratuitement

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team