RAFIZI RAMLI AKUI TERSILAP DESAK UTK TETAPKAN HARGA IKUT PASARAN

1 Jul 20151comments

RAFIZI RAMLI  AKUI TERSILAP DESAK UTK TETAPKAN HARGA MINYAK IKUT PASARAN DUNIA TAHUN LEPAS

 
Selepas mendesak kerajaan menghapuskan subsidi minyak serta menetapkan harga minyak mengikut harga pasaran, Rafizi Ramli hari ini mahu kerajaan Barisan Nasional mengembalikan semula subsidi terhadap bahan api tersebut dengan alasan bagi meringan beban rakyat.

Selain itu, Ahli Parlimen PKR Pandan tersebut mendesak Perdana Menteri mewujudkan satu Tabung bagi menstabilkan harga minyak. Susulan itu, Rafizi bercadang akan memfailkan rang undang-undang persendirian di sidang Parlimen akan datang.

Rafizi juga mahu NGO dan juga kumpulan-kumpulan penentang kerajaan memulakan kempen mendesak kerajaan agar subsidi dikembalikan. Ini katanya, akan mempercepatkan cadangan beliau dilaksanakan.

“Saya juga akan duduk dengan pelbagai kumpulan termasuk NGO untuk menggerakkan satu kempen mendesak agar subsidi minyak dikembalikan.

“Saya yakin Datuk Seri Najib hanya takut dengan gelombang bantahan rakyat dan jika bantahan itu jelas, beliau akan terpaksa mengembalikan subsidi minyak untuk meringankan beban rakyat,” kata Rafizi kepada media.

Pada November tahun lepas, Rafizi secara semberono menuduh kerajaan zalim serta menindas rakyat apabila tidak menetapkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia.

Kerajaan bertindak mengapungkan harga petrol dan diesel pada akhir 2014 selepas pihak pembangkang menghasut rakyat supaya mengadakan demonstrasi jalanan menuntut seperti apa yang Rafizi mahukan.

Kini setelah tiada lagi subsidi dan harga minyak diapungkan selaras dengan harga pasaran dunia, Rafizi kembali dengan idea baru iaitu mengembalikan semula subsidi. Nampaknya pemimpin PKR itu sendiri mengakui cadangannya sebelum ini terbukti salah. - Utaranews.com
 

RAKYAT PERLU INGAT, RAFIZI RAMLI LAH YANG MEMBAWA PROTES BESAR-BESARAN TAHUN LEPAS UNTUK APUNGKAN MINYAK IKUT HARGA PASARAN SECARA MINGGUAN!! MATI LAH, TIAP MINGGU HARGA NAIK BILA PASARAN DUNIA MULA NAIK HARGA!

Share this article :

+ comments + 1 comments

1 April 2016 at 06:05

Thank you for the good times in your blog. I am often in position to watch (again and again) these wonderful items you shared. Very interesting. All the best !

voyance gratuite en ligne

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team