HARIMAU MUDA REMAJA CATAT KEMENANGAN TANPA KALAH SEPANJANG 28 PERLAWANAN JELAJAH EROPAH!

1 Jul 20150 comments



Harimau Muda Remaja yang baru sahaja menjuarai Perlawanan Bola Sepak IberCup di Sepanyol telah mencatatkan 26 kemenangan dan 2 seri tanpa ada sebarang kekalahan setakat ini dalam siri jelajah Eropah 2015.
 

 
Prestasi cemerlang taraf eropah skuad Harimau Muda Remaja ini mendapat perhatian dunia apabila telah menjaringkan 67 gol sepanjang 28 perlawanan tersebut. Secara puratanya setiap perlawanan pasti akan menjaringkan 2 gol tanpa kalah.  
 
 
Kelab - kelab yang mereka lawan merupakan kelab-kelab bola sepak Eropah yang dilatih pasukan - pasukan ternama. Hal ini sedikit sebanyak memberikan harapan dan khabar gembira buat peminat bola sepak tanahair yang selama ini mengimpikan Malaysia mencapai taraf dunia dalam sukan bola sepak.
 

KEPUTUSAN PASUKAN MALAYSIA BAWAH 13 TAHUN DI IBERCUP 2015


MALAYSIA VS ATLETICO MADRID  1 - 0
MALAYSIA VS SL OLIVAIS   2 - 0
MALAYSIA VS CF OS BELENESES  1 - 0

SUKU AKHIR
MALAYSIA VS  FC BARREIRENSE  5 - 0
SEPARUH AKHIR
MALAYSIA VS  SEVILLA FC  7 - 6

FINAL
MALAYSIA VS SPORTING CP 
2 - 1         

 

Semoga Malaysia dapat memfokuskan pembangunan pasukan Bawah 13 tahun Malaysia ini dan seterusnya membangunkan program belia bola sepak untuk sasaran layak ke Piala Dunia FIFA Bawah-17.                                                          


Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team