LAPORAN POLIS DIBUAT DAKWA KERAJAAN SELANGOR AGIH ZAKAT KEPADA KETUA-KETUA CABANG PKR

29 Jul 20153comments

Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) membuat laporan polis berhubung laporan media yang mendakwa Kerajaan Selangor mengagihkan dana zakat bernilai RM5 juta di seluruh negara melalui ketua-ketua cabang PKR tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Ahli Jawatankuasa ARAS, Nasiruddin Mohamed berkata, agihan zakat itu menimbulkan keraguan dan kegusaran dari segi keabsahan senarai penerima iaitu adakah mereka yang menerima zakat itu merupakan golongan asnaf yang benar-benar layak.

“Peranan dan fungsi lembaga zakat negeri dan institusi awam berkenaan diketepikan kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri dilaporkan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pengagihan ini dibuat

“Kemungkinan, demi mencapai matlamat politik sesetengah individu dan kepentingan kepartian sempit, wujud elemen salah guna dan penyelewengan dana awam serta salah laku lain, bertentangan dengan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik merangkumi ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti,” katanya ketika dihubungi FMT.

Laporan polis dibuat di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Rabu.

Ahli PKR itu berkata, pihaknya khuatir pengagihan zakat tanpa melalui pihak berwajib melanggar prosedur dan tatacara pengagihan yang ditetapkan mengikut hukum syarak.

“Mewakili rakyat Selangor yang menolak kebobrokan dan kejelekan seumpama ini daripada terus meracuni pentadbiran negeri, saya mohon agar Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berwajib yang lain segera menjalankan siasatan menyeluruh tanpa rasa takut atau pilih kasih,” ujarnya.

FMT pada 23 Julai lalu melaporkan Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata cara kerajaan Selangor agih zakat RM5 juta meragukan kerana tidak melalui LZS.

LZS juga mengesahkan pihaknya tidak dimaklumkan tetapi meminta kerajaan negeri atau anak syarikat yang terbabit supaya menghantar laporan penuh.
 
 
sumber blog pro pembangkang Omakkau
Share this article :

+ comments + 3 comments

2 September 2015 at 07:32

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Anonymous
9 September 2015 at 00:53

5 juta tu nk bayar Xavier justo ka? Baik siasat sebelum parah...rm30 billion buat guna biaya politik menghancur negara.

6 October 2015 at 01:02

Dialog menarik bernilai komen. Saya berfikir bahawa anda mesti menulis lanjut mengenai topik ini, ia mungkin tidak menjadi satu subjek tabu bagaimanapun biasanya orang tidak cukup untuk bercakap mengenai topik-topik tersebut. Ke depan. Cheers

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team