SELANGOR BAGUS? -LAPORAN AUDIT NEGARA

9 Apr 20131comments


PKR dikenalpasti menggunakan modus operandi yang sama dengan memberikan janji-janji manis kepada rakyat. To win is to Deceive! Menang dengan cara menipu! 

Inilah hakikat Anwar Ibrahim yang hanya pandai bercakap tetapi pernah bertanggungjawap ke atas janji-janjinya. Semenjak menjadi TPM sehingga sekarang tidak sedikit pernah berubah. Jadi bagaimana Anwar layak membuat janji-janji baru? Sarawak juga merupakan mangsa pemipuan Anwar.

Rakyat negeri ini tidak akan melupakan penipuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang satu ketika dahulu pernah memungkiri janji untuk menyalurkan peruntukan RM700 juta bagi pembinaan jalan pesisir pantai Bintulu-Miri.
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perbuatan Ketua Pembangkang itu sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sangat memalukan kerana janji itu diumumkan secara terbuka.
Katanya, sebahagian peruntukan yang dijanjikan itu hanya diterima apabila Tun Daim Zainuddin dilantik sebagai Menteri Kewangan.
"Dia membuat janji secara terbuka hendak bagi RM700 juta tetapi satu sen pun tiada. Syukur Alhamdulillah, berkat kepimpinan Ketua Menteri dan komitmen kita, jalan pesisir itu berjaya dilaksanakan, kalau hendak tunggu Anwar mungkin tiada langsung," katanya.
Beliau yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri berkata demikian dalam sidang akhbar berkaitan status terkini projek pembangunan di negeri ini di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Awang Tengah menasihatkan penduduk negeri ini supaya tidak meletakan harapan kepada Anwar yang hanya pandai bercakap kerana beliau sudah banyak memungkiri janjinya.
"Banyak lagi yang dia janji dahulu di Sarawak, hendak bagi macam-macam tetapi yang kecil pun tidak ada.
"Dalam manifestonya, dia berjanji lagi tetapi hakikatnya elaun ibu tunggal yang dijanjikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pada 2008 pun tidak mampu dibuat, sedangkan kosnya hanya berapa sangat," katanya.


Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/04/janji-anwar-rm700-juta-untuk-sarawak.html#ixzz2Q1BYLMJQ
Share this article :

+ comments + 1 comments

10 April 2013 at 00:48

Undilah Barisan nasional

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team