TERKINI! PAS NEGERI Sembilan SEAKAN TIDAK BERSETUJU DENGAN PENCALONAN AISHAH!!

4 Apr 20131comments



"HOI PAS aka Mat Sabu 'perosak' PAS , korang ingat PRU 13 ni Akademi Fantasia ka, kalau Calon ikut Populariti Hiburan!! Kamon lah!! Negara Kebajikan sudah terbang, sekarang calon Akademi Fantasia pulak! Terangkat serban aku woi! " - Man Tom Yam - 


Masih terngiang-ngiang bicara orang lama dalam PAS di telinga MHS yang mengatakan lebih kurang bunyinya begini:

"PAS berjuang kerana berdakwah, menegakkan syiar Islam. Sudah amalannya untuk menjadi pemimpin di negara ini kena tubuhkan parti politik. Jadi , PAS masuk sebagai badan harakah (politik). Lebih kepada gerakan Islamiah. Pimpinan yang sudah ditarbiah dan boleh mentarbiah dan dianggap sudah matang dalam perjuangan, akan dilantik menjadi calon dalam PRU untuk meneruskan gerakan Islamiyah ini" -Pemimpin Kanan PAS dahulu- 

Maka , di sini , adakah Aishah mempunyai Kaliber seperti di atas? Yang mengutamakan gerakan Islamiah dan bukan hanya gerakan politik? Mana pergi kumpulan Ulama' PAS? Mana pergi pelapis-pelapis ulama' PAS?

Sejak akhir-akhir ini,terdapat penentangan secara halus terhadap pimpinan-pimpinan PAS yang 'sekular' ini . Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sendiri seakan tidak menyukai keputusan yang dibuat Mart Sabu secara membabi buta pasal Aishah mahu bertanding. Pandai-pandai Mat Sabu ja pi umum dulu! cet!


Akhbar: -

SEREMBAN – Pas negeri belum dapat mengesahkan mengenai desas-desus mengatakan penyanyi Aishah bakal bertanding wakili Pas bagi kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Yang Dipertua Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, setakat ini, pihaknya belum mendapat sebarang kesahihan pucuk pimpinan parti menamakan Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin Aishah, 48, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Jempol.

“Kemungkinan esok petang (hari ini) kita ada maklumat mengenai perkara tersebut memandangkan pucuk pimpinan pusat telah memanggil saya ke Ibu Pejabat Pas yang mana saya percaya mereka akan membincangkan perkara tersebut.

"Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenai perkara itu akan diberitahu dalam tempoh masa terdekat ini. Begitu juga dengan senarai nama calon di bahagian lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
9 April 2013 at 02:04

takdo sapo eh yg jadi mangso kek jempol tu..yg akan jadi mangso bn lah sobab yb jempol kaki rasuah dan songlap duit rakyat. pastu kaki judi suko main pompuan. takso eh oghang nak undi dio lai. kek kampong bukan main alim pergi mesjid tapi kek KL tunggang langgang. takdo dah oghang suko eh.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team