KEPIMPINAN PKR SEMAKIN GILA KUASA
HILANG PERTIMBANGAN NAFSU BERAJA……
Seremban –
Kepimpinan PKR Negeri Sembilan yang ditunjangi Datuk Kamarul Baharin aka Enche
Propa Keja Membuta dilihat makin menggila kuasanya dek bermentorkan
kepimpinan PKR pusat yang rata-ratanya membaham bukan sahaja lawan malahan
kawan terutama PAS (Parti Angguk Sahaja).
Terbaru
selepas penamaan calon pada Sabtu lalu, ese dikhabarkan ramai pimpinan dan
gerak kerja PKR Seremban tidak berpuashati dengan tindakan Datuk Kamarul Baharin
aka Enche Propa Keja Membuta ‘yang sanggup menyailang rakan separti
yakni Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.
Gila Kerusi, Gila Kuasa, Rakan di lupa...... |
Masih segar
dalam ingatan ese dan pernah myhomesoil.blogspot memaparkan kesungguhan Dr.
Mohamad Rafie Abdul Malek menggerakkan jentera pembangkang terutama PKR di
kawasan Ampangan sejak 2011 lagi. Beliau dikhabarkan telah me”wakaf”kan sebuah
kereta kancil untuk tujuan gerak kerja PKR di kawasan Ampangan.
Bukan itu
sahaja, beliau juga sering mengadakan ceramah umum anjuran PKR di rumah
kediamannya yang turut dijadikan bilik gerakan gerak kerja PKR Ampangan. Pernah
ese hadiri ceramah di lokasi tersebut. Bukan kocik-kocik anak penceramah yang
dibawanya, pernah Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah memberikan ceramah di
kediaman rumah Dr. Mohamad Rafie.
Kesiannya Die...... |
Apabila
penamaan calon berakhir, si pencacai tua gila kuasa Kamarul Baharin pula yang sailang
kawasan diidamkan Dr. Mohamad Rafie. Bak kata orang nogori ese ni, “ompuk orang
jangan diidam” makanya berlakulah penentangan pasukan Dr Mohamad Rafie dengan
penutupan beberapa PDM di Ampangan selepas penamaan calon si tua itu.
Apa yang
menghairankan ese, kenapalah Datuk Kamarul Baharin yang semua sedia tahu
kawasan asalnya di Parlimen Telok kemang pun tidak mampu dilawati sekerap YB
Parlimen lain, berhajat pula bertanding di kawasan orang. Tamak benar kerusi
Parlimen dan kerusi DUN ditandinginya.
Dibenak
pemikiran ese, si pencacai tua ini berhajatkan sesuatu sekiranya PR memenangi
Negeri Sembilan, paling busuk pun beliau akan dilantik sebagai exco kanan
kerana jawatannya sebagai Pengerusi PKR Negeri Sembilan. Jika PR memenangi
kerajaan pusat, beliau pasti berharap untuk sebusuknya menjadi Timb Menteri.
Tamak betul si tua pencacai propa ini. Kerjanya tak seberapa, kalah kedua-dua
pasti menjelma.
Orang Tua Gila Kerusi |
Bukan beliau
sahaja yang nampak tamak dan rakus seperti bosnya di Permatang Pauh, beberapa
orang kuat PKR di Negeri Sembilan turut memperlihatkan kerakusan. Di Kuala
Pilah PKR bermaharajalela dengan 4 kerusi ditandingi dan PAS hanya 2 kerusi
walaupun sebelum ini PAS lah yang banyak membuat program dan ceramah di daerah
beradat itu. Nazree Yunos yang semuda 29 tahun
dan bukanlah anak tempatan Kuala Pilah mampu mencirit pimpinan PR di
Kuala Pilah memberi gambaran orang kuat kepada calon Permatang Pauh itu pasti
dinaikkan waima dimana sahaja.
Lihatlah Che
Gu Bard yang sebelum ini galak membontot dan membakar DSU Mohamad Hasan melalui
kempennya kini lari ke Penang atas nama untuk menang walaupun sanggup
menyailang rakan Parti Angguk Selalu yang dari dulu bertanding di DUN Sg Acheh.
Disinilah kita dapat melihat betapa buruknya pekerti pemimpin PKR yang dirasuk
oleh sikap menggila calon Permatang Pauh itu.
Disini ese
menyeru agar rakan di PAS cubalah muhasabah diri melihat kembali kedudukan anda
ketika bersendirian dan kini bersama PKR. Anda makin dihimpit oleh pemimpin PKR
dan DAP yang kerap mendominasi keputusan yang dibuat PR sedangkan PAS merupakan
antara parti yang sudah sekian lama mempunyai sejarah yang bersih dan baik
dalam PRU Malaysia.
Pesanan
kepada penyokong membuta tuli PKR, bukalah hati bukalah minda, mengapa ditindas
rakan seperjuangan. Mengapa sanggup menikam saudara sepermainan, saudara
selapangan demi mengejar cita-cita individu itu sahaja.
Nukilan
-ese-
myhomesoil.blogspot
+ comments + 1 comments
Thank you for this very good site, really a mix of good and interesting ideas. Especially continue as well. Good luck
cordially
voyance en ligne
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...