SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH DIANUGERAHI DARJAH KERABAT NEGERI SEMBILAN #DaulatTuanku #YamtuanBesar #NegeriSembilan

13 Jan 20151comments


SEREMBAN – Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, mengetuai senarai 812 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-67  Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, semalam.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin, dianugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan.

Diikuti, penerima anugerah Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS), yang dikurniakan kepada Mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Hashim Aman dan Mantan Pengerusi Eksekutif Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Tan Sri Dato’ Dr Mohd Rashdan Baba

Bagi Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM), dianugerahkan kepada Tengku Syarif Bendahara Perlis, Dato’ Seri Di-Raja Syed Badarudin Jamalullail Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pada tahun ini, satu anugerah baru diperkenalkan, iaitu Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), yang membawa gelaran Datuk Seri, telah dikurniakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengunaan, Dato’ Sri Hasan Malek, dan Presiden Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh.

Manakala seramai 12 individu dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS), yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya termasuklah, dua exco kerajaan negeri, iaitu L.Manickam dan Tun Hairudin Abu Bakar dan seorang Ahli Parlimen Jelebu, Zainuddin Ismail.

Seramai enam penerima bagi anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk, dan 25 penerima bagi Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS), yang turut membawa gelaran yang sama.

Penerima tunggal bagi Darjah Tuanku Muhriz (DTM) dikurniakan kepada Wan Saifulruddin Wan Jan, manakala Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) dikurniakan kepada  43 orang penerima.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
14 January 2015 at 08:08

Nak tanya la kalau ada siapa2yang tahu. Adakah "bisikan iblis" dilakukan semasa pertabalan Sultan Nazrin ini?

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team