SOP PENGURUSAN BENCANA, BACA DAHULU SEBELUM KOMEN! #PrayForPantaiTimur #PrayForKelantan #PrayForPahang #PrayForPenang #PrayForMalaysia #PrayForPerak

4 Jan 20154comments

1. Banyak Komentar - komentar NEGATIF daripada banyak pihak sama ada pihak yang berada di dalam Kerajaan mahupun di luar kerajaan yang menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyemak kembali Standard Operation Procedure (SOP) Pengurusan Bencana digubal dan disemak semula.  

2. Persoalan yang timbul, adakah mereka sudah membaca SOP berkenaan sehingga mereka merasakan bahawa SOP berkenaan adalah tidak BETUL dan perlu diSEMAK? 

3. Dengan hanya melihat kepada tindak balas daripada kelemahan yang timbul dalam bencana yang bermagnitud besar, SOP dan penjaga SOP berkenaan terus dihentam .

4. MHS mahu bertanya kepada pihak yang berkenaan apakah NAMA SOP yang mereka hentam itu? Ternyata nama SOP pun mereka tidak tahu, tiba-tiba sahaja berlagak jaguh mengeluarkan komentar-komentar yang konon bagus di media-media baik arus perdana mahupun di media alternatif. 

 5. Perlu diingatkan kepada pihak yang menghentam itu, SOP hanyalah Skrip atau arahan-arahan bertulis, para pelakonnya adalah daripada semua pihak baik dari seluruh anggota Kerajaan mahupun anggota SWASTA yang dipilih semasa Skrip diCIPTA! 

6. Persoalan, jika sesuatu drama / filem itu GAGAL, ia bukanlah kerana kegagalan Skrip, tetapi ia merupakan kegagalan para pelakon mereka yang GAGAL membawa watak lakonan seperti yang terdapat di dalam SKRIP berkenaan. 

ARAHAN MKN 20 TIDAK PERLU TUBUHKAN AGENSI KERAJAAN YANG BARU KERANA MEMILIKNEGARAKAN ASET - ASET KEMENTERIAN/SWASTA SEDIA ADA

7. SOP Pengurusan Bencana yang sempat MHS browse di Internet,  secara dasarnya dan secara generalnya adalah Arahan MKN 20 yang ditandatangani oleh YAB PM. 

8. Di dalam Buku Arahan berkenaan, MHS nampak penglibatan SEMUA pihak ditagih! Baik daripada Agensi Penyelamat Utama, Sokongan dan akhirnya pihak Swasta dan para NGO. 

9. Peruntukan kewangan juga disentuh iaitu menggunapakai peruntukan kewangan sedia ada Kementerian / Jabatan yang terlibat. 

10. Ini adalah satu pendekatan yang bijak apabila kita menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di bawah 1 payung jawatankuasa baik di peringkat Daerah, Negeri mahupun pusat. Tidak perlu kita menubuhkan AGENSI KERAJAAN yang baru YANG MENELAN belanja Jutaan RM untuk Pengurusan Bencana! 

11. MHS sarankan, mana-mana Pak Menteri, Ketua Jabatan kepada Jabatan yang tidak Berkaitan Bencana , Jurucakap Jabatan yang tidak Berkaitan Bencana serta barisan Pembangkang, janganlah kita menunjukkan kita ini terlalu Bodoh akalnya dengan mengeluarkan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang sememangnya jabatan berkenaan telah laksanakan. 

12. Memang ada kelemahan dalam pengurusan bencana yang perlu diperbaiki tetapi BUKANNYA kita perlu revamp atau bina semua SOP / Skrip yang tidak bersalah!  

13. Tanyalah balik kepada diri kita, adakah Agensi Penyelamat Utama seperti ATM, PDRM , BOMBA , JPAM malah JKM memberi komen negatif terhadap SOP/ Arahan MKN 20 berkenaan? Tidak ada bukan? Hal ini kerana mereka sangat mahir / faham akan SOP berkenaan yang kemudiannya menggunapakai SOP jabatan masing-masing dalam pengurusan bencana! 

14. Yang banyak bising adalah daripada orang-orang yang tidak faham akan landskap pengurusan bencana secara menyeluruh! Mereka faham ikut apa yang mereka faham. Memang GAGAL lah! 

-MHS selidik sebelum hentam sebab itu, MHS lambat bagi apa- apa pandangan sebab MHS perlu memandang dengan mata hati fikiran bukan dengan pandangan mata yang kosong!  

MHS
5 Januari 2015

Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
4 January 2015 at 18:30

Saya bersetuju dengan pandangan saudara empunya blog. Dapat kita lihat saban hari agensi kerajaan yang tidaklah menjadi agensi utama dalam pengurusan bencana sangat kuat berkokok untuk ditabalkan sebagai jaguh rakyat; jaguh perkhidmatan awam dalam menguruskan bencana. Wujudlah idea idea-idea baharu yang kononnya bombastik, simplistik dan idealistik; namun realitinya SOP sebenar pun mereka belum khatam. -Sekadar pandangan.

7 January 2015 at 02:58

Terima kasih kepada anda, saya telah belajar banyak perkara yang menarik. Saya berharap untuk mengetahui lebih lanjut. Saya mengucapkan tahniah kepada anda untuk berkongsi ini indah. Teruskan ini!

voyance gratuite par mail ; voyance gratuite par email

27 December 2017 at 20:37

NADMA BUKAN AGENSI BARU KE??

12 April 2018 at 06:27

Tahniah untuk jawatan ini Tanpa pergi ke "Seperti", tweet yang kecil sering berfungsi untuk menandakan persetujuan saya, walaupun saya tidak dapat mengatakan apa-apa dengan komen.
voyance gratuite en ligne

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team