INFO PERANG GLOBAL : TINDAK BALAS RUSSIA AKIBAT TEKANAN HARGA MINYAK YANG RENDAH !

15 Jan 20153comments

1. Umum mengetahui , negara - negara yang teruk 'dibelasah' oleh Harga Minyak Dunia yang jatuh merudum sehingga ke tahap bawah USD 50 per Barrel adalah negara-negara yang bergantung kepada sektor petroleum. 

2. Russia tidak terkecuali terkesan teruk dengan harga minyak yang merudum.  Harga pada hari ini direkodkan sebanyak USD 46.48 per Barrel untuk minyak "Crude Oil" 

3. Kebanyakan penganalisis Perang menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu mereka sengaja membiarkan harga minyak jatuh sebegitu rupa bagi 'mengenakan' Rusia yang ketika ini galak mahu melancarkan perang ke atas negara-negara bekas soviet sejak pengambil alihan wilayah Donetsk di Ukraine. 

Harga Minyak Dunia 2015
4. Hakikatnya , bukan sahaja Rusia terjejas, malah negara-negara di rantau lain juga terjejas.Matawang negara-negara terlibat juga terjejas termasuklah negara kita Malaysia. Namun, MHS bukan hendak mengulas negara mana lagi yang terjejas ketika ini, mungkin MHS akan ulas di masa lain. 

5. Ketika ini, MHS ingin mengulas tindakan - tindakan strategi Rusia untuk membalas semula tindakan Amerika Syarikat dan Negara- negara Eropah yang lain. 

6. Pada hari ini, dilaporkan Presiden Rusia Vladimir Putin telah 'menyerang' balik tindakan Amerika Syarikat terhadap Harga Minyak Dunia dengan memotong bekalan Gas ke negara-negara Eropah. 

7. Nampaknya, Putin telah menggunakan senjata pertamanya untuk peperangan ekonomi kali ini. Putin telah mengarahkan Konglomerat Gas dan Petroleumnya, Gazprom untuk memotong 60% Bekalan Gas terhadap negara-negara Eropah. Negara Eropah yang terkesan adalah Bulgaria, Greece , Macedonia , Romania , Crotia dan Turkey di samping banyak lagi negara dalam senarai menunggu. 

8. Sebanyak 6 negara Eropah telah mengesahkan bahawa bekalan dari Rusia telah terputus akibat penutupan serta merta paip syarikat berkenaan. 

9. Tindakan Rusia ini dilihat para penganalisis Perang sebagai tindakan berstrategik , di mana Rusia tidak mahu melihat negaranya terus dibelasah oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. 

10. Kesimpulan yang mhs dapat simpulkan di sini adalah , seperti pepatah Melayu ada mengatakan , Bila dua gajah bergaduh , si kancil akan mati tersepit di tengah-tengahnya. Itulah yang berlaku kepada negara-negara kecil yang bergantung kepada ekonomi kuasa besar seperti Malaysia ini.  

11. Walaubagaimanapun, Malaysia masih boleh bertahan disebabkan kepelbagaian sumber ekonomi Malaysia yang tidak hanya bergantung kepada sumber Petroleum, walaubagaimanapun sememangnya negara dalam keadaan yang sukar akibat daripada kekurangan pendapatan daripada sumber petroleum. 

12. Pendekatan strategi Rusia ini tampak menarik apabila dilihat bakal melonjakkan harga Gas dunia akibat kekurangan bekalan gas asli di Negara-negara Eropah. Diharapkan ianya dapat memangkin sumber pendapatan Petronas yang turut mengeluarkan gas kepada dunia. 


Sekian. 

Sumber rujukan: Bloomberg ; 
Share this article :

+ comments + 3 comments

Itu idea yang baik sesungguhnya artikel yang akan datang kita baca sebentar dan kadang-kadang bertentangan mengenai subjek ini!

21 December 2017 at 04:58

Terima kasih atas tiket yang sangat bagus ini ... dan tersenyum (untuk subjek yang tidak jelas)!
mon avenir gratuitement

12 April 2018 at 06:46

Saya baru saja menemui laman web anda, wow, ia benar-benar baik dan dalam bahasa Perancis. Tahniah, teruskan kerja yang baik. Saya akan kembali dan mengiklankan untuk laman web anda.
voyance par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team