1. Kejadian banjir besar yang berlaku di Pantai Timur telah mengundang bukan sahaja ribuan malah jutaan rakyat untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang menerima nasib yang kurang baik.
2. Tidak kurang juga badan-badan korporat dan persatuan yang tampil menghulurkan tenaga kerja bagi kerja-kerja amal. Kerja - kerja amal sebegini amat dipandang mulia di sisi Allah S.W.T
3. Meringankan beban orang lain amat dipandang tinggi oleh Rasulullah seperti sabda Baginda S.A.W :
"Barang siapa yang meringankan beban orang mukmin di dunia, maka nanti pada hari kiamat Allah akan meringankan beban darinya beban-beban hari kiamat".
4. Namun , apa yang dikesalkan , dalam ribuan masyarakat yang ikhlas , masih terdapat mereka yang menggelarkan diri mereka sukarelawan, tetapi mereka menghulurkan barangan-barangan yang sudah rosak , koyak dan tidak signifikan. Ada rakan-rakan sukarelawan menyatakan mereka menerima seluar dalam yang telah diguna pakai, kasut tumit tinggi yang telah koyak dan sebagainya.
5. Ada juga rakan-rakan petugas agensi UTAMA badan penyelamat dan penyelaras badan penyelamat menyatakan , ada di antara persatuan-persatuan Sukarelawan yang membawa nama - nama besar hadir sebagai sukarelawan tetapi mereka sebenarnya makin MENYUSAHKAN petugas bantuan dengan segala protokol dan sambutan. Ada di antara mereka meminta untuk disambut kedatangan mereka, termasuklah mengiringi konvoi-konvoi bantuan mereka.
6. Apa yang dikesalkan, sikap-sikap sebegini bukan sikap seorang yang melaksanakan jihad kesukarelawanan. Sukarelawan tidak menyusahkan orang lain, tidak menyusahkan Agensi Lain! Agensi penyelamat utama mempunyai tugas - tugas yang telah ditetapkan dan diarahkan , bukan bertugas untuk memenuhi permintaan Sukarelawan-sukarelawan dari persatuan - persatuan yang mahu gah atas nama ini.
7. Apa-apa pun tahniah kepada Sukarelawan yang bersungguh-sungguh membantu agensi Kerajaan dan rakyat yang dalam kesusahan di #PantaiTimur !
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...