Kajian mendalam perlu dilakukan oleh para penceramah agama yang menyelar Cukai yang dikenakan pada masa sekarang adalah Haram termasuklah cukai GST yang bakal dilaksanakan pada April 2015. Rasionalnya, Kalau Punca itu telah di 'Haramkan', maka haramlah segala yang berpunca darinya.
Contoh, kalau cukai diinstinbatkan sebagai Haram, maka pelaburan negara di dalam kebajikan rakyat dan pembangunan negara seperti Gaji para guru, tentera , pentadbir kerajaan, pembiayaan hospital, pengurusan sempadan dan keselamatan, wang ihsan mangsa banjir , wang kebajikan JKM untuk orang miskin, pembinaan jalan raya , penggunaan jalan raya MAKA SEMUA INI ADALAH HARAM.
Oleh kerana itu, terdapat beberapa pandangan ulama' mu'tabar mengenai Harusnya Kutipan Cukai dengan syarat Zakat itu tetap wajib dibayar oleh Orang Muslim dan Mukmin. Tambahan pula , dalam konteks di Malaysia, pembayaran cukai telah mengecualikan NILAI pendapatan yang telah diZAKATkan. Cukai kita juga untuk orang yang LAYAK membayar CUKAI iaitu pendapatan yang melebihi nilai untuk membiayai negara.
Ikuti kupasan Dr Ust Zaharudin setahun yang lalu.
Ringkasan di sini:
TARJIH PANDANGAN KUPASAN UST ZAHARUDIN
Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara komprehensif, namun secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama’, nas yang berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada ‘illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh Nabi s.a.w. Melhat kepada objektifnya iaitu membawa lebih kebaikan berbanding kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta keperluan.Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan “Menolak Keburukan didahulukan dari Membawa Kebaikan (tambahan)”. Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.
Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.
Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.
Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.
Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar. Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.
Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.
PENUH DI SINI :
Mana Halal, mana Harus Hukum CUKAI.
Kaji lah dengan mata hati, bukan kaji ikut emosi. Buat kajian lanjut bila terima apa-apa maklumat.
Lagipun ini bukan kali pertama hal halal haram ditujukan pihak tertentu kepada pihak lain yang tidak sealiran fikrah dan pemikiran.
2 Tahun lepas pun BR1M dituduh Haram sebab didakwa sebagai rasuah beramai-ramai. Dahulu pun , penyokong parti politik juga pernah diFATWA Kafir. Diharapkan Kafir mengkafir dan Haram Mengharam tidak sewenang-wenangnya DICop sebegitu rupa tanpa ada kajian mendalam.
Sekian,
MHS -
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...