PENJELASAN JAKIM
Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah tampil memberi penjelasan berikut;
1. Sistem
percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomidalam
sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah
diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui
konsep percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan
dikenakan kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.
2. Dalam Islam,
sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam
memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip
yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini
diasaskan kepada hadis Nabi SAW:
3. Mengikut
Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu
memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani:
1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai
negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).
4. Jika
disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak zaman
Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah
diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan
kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam
(al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat
perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga,
darah dan sebagainya.
5. Pada zaman
Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdagangan
(ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat
memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai
tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam
secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila
Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan
supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan
kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah tersebut
dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf:
1952)
6. Pada asalnya,
cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan kepada rakyat
dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang
tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap
setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan
kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari’yyah
yang digariskan oleh Islam.
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
7. Cukai
didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu
dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk kegunaan negara secara
langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima
beban cukai itu (Kamus Dewan: 2010).
8. Manakala
cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai secara
langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya
ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang
boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat
akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai
jualan. (Wang Leng Whatt: 2013)
9. Terdapat
pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai antaranya:
a. Ibn Hazim
Ketika
membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau tidak menggunakan perkataan
cukai (dharibah) tetapi menggunakan perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau
telah menggunakan perkataan penetapan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas
rakyatapabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim: 2003). Pandangan ini
bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat sahabat.
b. Imam Haramain al-Juwaini
Penetapan
pembayaran cukai mengikut Imam al-Haramain al-Juwaini adalah berdasarkan oleh
ijmak ulama yang menyebut bahawa menjadi kewajipan pemerintah dalam
mempertahankan daulah. Maka apabila baitulmal tidak mampu menampung
perbelanjaan ketenteraan, maka pemerintah boleh mengenakan sistem pembayaran
cukai ke atas mereka yang berkemampuan.
c. Imam al-Ghazali
Menurut Imam
al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus
dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan
adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak
memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan
ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang
kaya sekadar jumlah yang dapatmenampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah
Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.
Oleh itu,
penetapan cukai ke atas golongan yang kaya adalah mudharat yang lebih ringan
jika dibandingkan dengan tentera yang meninggalkan tugas ketenteraan kerana
mencari keperluan hidup.
d. Ibn Taimiyyah
Dalam
membincangkan tentang keharusan sistem pembayaran cukai, Ibnu Taimiyyah
berdalilkan dengan qias aulawi di mana beliau berkata Jika sekiranya Allah
mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga
mengeluarkan usyur dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan
ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan
kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (maslahah umum).
e. Al-Shatibi
Mengikut
al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila
pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan
yang diharuskan syarak.
f. Ibn Khaldun
Mengikut Ibn
Khaldun pula dalam karyanya al-Muqaddimah (Ibn Khaldun: 2010), beliau telah
menggariskan dasar khusus dalam penggubalan percukaian sesebuah negara. Antara
saranan yang dinyatakan beliau tentang dasar percukaian ialah:
“Apabila
taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit,
mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya
keusahawanan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang
rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya keusahawanan
meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan
berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah
keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat.”
Daripada
pandangan Ibn Khaldun ini, antara yang ditekankan dalam isu percukaian ialah
pembentukan cukai terhadap rakyat hendaklah pada kadar yang rendah kerana ia
akanmerangsang semangat keusahawanan dan jika jumlah cukai perlu ditingkatkan,
maka ia hendaklah pada kadar yang minimum.
Selain itu,
pemerintah juga perlu sentiasa berwaspada agar kemewahan yang mengakibatkan
perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.
g. Ulama Kontemporari
Bagi ulama
kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qurrah
Daghi, dan Syeikh Mahmud Syaltut, mereka berpendapat harus pengambilan cukai
sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur bagi memastikan
kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan
rakyat, bayaran gaji pegawai-pegawai kerajaan dan penyediaan infrastuktur untuk
kemudahan rakyat. (Yusuf al-Qaradawi: 2000) Ini berasaskan kaedah fekah yang
masyhur.
Baca Perincian Lanjut :SUMBER
+ comments + 1 comments
Tun Daim & Tun Mahathir adalah DUA Perompak, Penyangak, Penipu, Pemutar Belit yang telah menzalimi seluruh Rakyat Malaysia dgn membawa keluar BERBILLION-BILLION Wang Rakyat. Kalau Penyangak Daim membawa lari ke berbagai bank di Eropah dan Afrika, Mahazalim, MahaFiraun Mahathir membawanya ke Guam. Oleh kerana jumlah banyak, maka mudahlah bagi mereka memiliki Bank-Bank dinegara tersebut, dgn proksi-proksi terpilih, khususnya Pedagang Matawang yang dilantik oleh KeDUA-DUA Penyanggak Terbesar dlm sejarah Malaysia Moden.
Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di era Kegemilangan Kerajaan BN/UMNO 2/3, telah membawa topic “THE BANK NEGARA RM30 BILLION LOSSES SCANDAL” di Parlimen sekitar tahun 1994, namun keunggulan 2/3 Majoriti, skandal tersebut lenyap begitu saja, Lim Kit Siang tidak lagi mengungkitkan sehngga ke hari ini.
Hansard Parlimen Skandal lapor pd tahun 1989 Bank Negara telah dikritik hebat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Barat kerana berspekulasi KETERLALUAN ke atas matawang Yen dan US Dollar di mana Group 7 Negara Maju cuba menstabilkan pasaran kewangan ketika itu. 1991, Reuter melaporkan Bank Negara memiliki suatu kuasa dominan ke atas pasaran kewangan & digelar sbg “PEMBULI PASARAN KEWANGAN”.
Kapasiti Bank Negara lakukan spekulasi US50 Million satu lot berbanding pasaran normal berkapasiti US5 Million, Jepun saja yg memiliki kapasiti tersebut dan hanya spekulasi satu atau dua kali dalam masa satu tahun. Berbanding Bank Negara melakukan BERBILLION dalam masa satu hari.
Teknik spekulasi pada US50 Million pada 2 Bank Ternama dan kemudian mengulangi spekulasi dengan kadar sama 10 minit kemudian. Kemudian Namk Negara bertukar tempat dan melakukan spekulasi lagi 24 jam sehari dengan jumlah wang BERBILLION-BILION.
SOALNYA JIKA KERUGIAN YANG DICATAT HANYA RM30 BILLION, kemana wang-wang Rakyat BERBILLION-BILLION yang lainnya pergi? Sedangkan Rezab Bank Negara ketika itu hanyalah US20 Billion dan Tidak berubah spt lapor DS Anwar di Parlimen?
Kejadian berlaku di zaman Penyanggak Daim sbg MENTERI KEWANGAN dan Mahazalim Mahathir sbg PERDANA MENTERI, manakala Ketua Spekulasi Kewangan di Bank Negara ialah Nor Mohamad Yaacob. Nor Nohammad Yaakob masih di dlm Kerajaan, menutup rapat Rahsia Besar ini, di Bank Negara, Mahazalim MahaFiraun Mahathir arah Zeti Aziz, simpannya dlm peti besi. Zeti Aziz, bukannya cekap & pandai manapon mengendalikan urusan Kewangan/Bank Negara, tapi TIADA SESIAPA PON yang mampu mengugat kedudukkannya. Mahazalim Mahathir akan cepat memintas/memotong sesiapa saja yang berani kacau “CARETAKER GUNDEK” utk jaga Rahsia Besarnya.
Hanya Penyanggak Perompak, Lanun Daim dan Mahazalim MahaFiraun Mahathir sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Sila rujuk artikel “the bank negara rm30 billion forex losses scandal”.
http://www.limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm
https://wtfreport.wordpress.com/2011/12/12/the-forex-scandal-in-early-90s/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/03/nor-the-main-culprit-behind-forex-scandal/
http://www.limkitsiang.com/archive/2006/july06/lks3966.htm
http://blog.limkitsiang.com/publication/
https://akupeduliapa.wordpress.com/2012/06/06/rm30-billion-bank-negaras-forex-losses-in-1992/
http://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/5067-Finance-Bank-Negara-Forex-Loss-Mahathir-has-to-answer-Lim-Kit-Siang
Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli desak di siasat Penyanggak Daim, Mahazalim Mahathir, dari mana kekayaan yg mereka dapat asalnya dari mana?,Bawa kpd World Bank, IMF, ICC, Bank Of England, FSA, Federal Reserve. “SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA” akhirnya terbongkar jua.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...