PUTRAJAYA,27/1/2015 – Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Sembilan dan lima yang lain termasuk Majlis Agama Islam Negeri bagi kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu lelaki transgender yang dibenarkan berpakaian seperti wanita.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara membenarkan permohonan itu.
Panel akan memutuskan persoalan undang-undang sama ada Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan bertentangan dengan Artikel 5(1), 8(1), 8(2), 9(1) dan 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 66 itu adalah berhubung larangan ke atas lelaki Islam mengenakan pakaian seperti wanita.
Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim.-BH
MHS mahu nyatakan kepada si Transgender berkenaan, anda belum selamat di dunia. Apatah lagi di Akhirat - Mahkamah Allah S.W.T. Semoga diberikan hidayah buat mereka. Amin ya rabbal alamin.!
+ comments + 2 comments
Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,
Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,
Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,
Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...
Haa haaa Haaa
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....
Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...
Tahniah di laman anda! Benar-benar, ia hebat dan seperti yang saya lihat dalam kedudukan pertama benar dan perkongsian antara muka web adalah benar-benar satu rahmat untuk gaya kerja.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...