Kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah menaikkan cukai tanah, namun beroleh pendapatan negeri melebihi sasaran yang ditetapkan.
Prestasi kewangan negeri berakhir 31 Disember 2014 ialah RM371.814 juta berlebih berbanding RM354.77 juta yang berakhir 31 Disember 2013.
Pertumbuhan ini amat baik dan memberangsangkan kerana Kerajaan Negeri beroleh pendapatan melalui Hasil Bukan Cukai terutamanya melalui kutipan premium tanah kemasukan pelabur ke negeri ini.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Laporan Kewangan Negeri menyatakan bahawa pendapatan Hasil Cukai Negeri Sembilan sejak 2013 – 2014 berjumlah RM119 juta setiap tahun.
Beliau menjelaskan perkara ini di sidang media mingguan di Wisma Negeri, Seremban, semalam.
Namun begitu, walaupun keadaan ekonomi negeri ini stabil, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam menempuhi ekonomi dunia yang tidak menentu di mana harga minyak dunia yang sedang merudum ketika ini.
Keadaan ini baik tetapi dalam masa sama, kerajaan bakal kehilangan banyak sumber hasil/royalti dalam bentuk cukai dan dividen yang di bayar terutamanya oleh Petronas dan sebagainya.
Menteri Besar menjelaskan, di dalam keadaan krisis ekonomi ini kerajaan tidak boleh berasa selesa dengan membiarkan ianya diurus secara ‘auto pilot’, kerajaan perlu mengambil alih sterring wheels dan menguruskannya hari demi hari.
Situasi ketika ini tidak memungkinkan kerajaan merancang pelan pembangunan dalam jangka masa panjang dan paling penting kesejahteraan rakyat diutamakan. SUMBER
+ comments + 1 comments
Waouhhhh !! Anda mempunyai idea suci !!! Ia hebat apa yang kamu kerjakan; berkongsi antara muka yang bagus dan mudah untuk mengemudi secara senyap-senyap !! Well Done !!!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...