Tahukah anda....negara seperti Rusian dan Venezuela adalah di antara negara yang terkesan teruk dengan Penurunan HarGa Minyak dunia melampau?
Negara kita juga tidak terkecuali. Penurunan Harga minyak menyebabkan penurunan pendapatan syarikat Minyak Petronas.
Sedangkan Negara kita (bukan sahaja kerajaan malah rakyat) amat bergantung kepada sektor petroleum untuk pembangunan dan mengekalkan keseimbangan ekonomi negara.
Di sebabkan harga minyak yang tidak menentu juga memberikan tekanan kepada nilai matawang kita disamping faktor - faktor penurunan matawang serantau. Natijahnya Nilai matawang RM lemah.
Ramai penganalisis di Malaysia menyatakan bahawa Penurunan Harga Minyak (Petroleum) dunia akan memberikan impak bercampur-campur pada negara ini. Perlu diingat, walaupun harga minyak Semalam tidak lagi di Paras USD50 setong, tetapi jajaran harga minyak bagi tahun 2015 dijangka dalam kadar USD50 - USD70 Setong. Cuba anda bayangkan, di dalam Pengkhususan Bajet 2015 , kebanyakan negara termasuk Malaysia mengandaikan pendapatan daripada pendapatan minyak adalah sekitar USD100 setong.
Maka kesimpulannya, penurunan harga minyak bukan segala-galanya. Silap haribulan , penurunan harga minyak dunia menyebabkan kita lebih merana sebab Negara kita merupakan salah satu pengeluar minyak dunia. Walaupun tidak besar, tetapi syarikat Malaysia (PETRONAS) merupakan antara syarikat Petroleum terbesar dunia dan Negara kita dan rakyat bergantung kepada PETRONAS.
MHS , 9 Januari 2015
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...