LONDON 18 Jan. – Sebuah firma elektronik Jepun menjual sut mekanikal setinggi empat meter yang boleh dikawal menggunakan iPhone atau masuk ke dalam robot berkenaan di laman web Amazon.
Robot seberat lima tan dengan empat buah tayar itu dikenali sebagai Kuratas dan dicipta oleh Kogora Kurata yang berasal dari Jepun.
Menurut laporan DailyMail, robot berkenaan dijual pada harga AS$1 juta (RM3.55 juta)
Dalam satu temu bual bersama Zoomin TV, Kurata berkata, setelah sekian lama masih belum ada lagi mana-mana pihak yang mencipta robot gergasi.
“Jadi saya rasa biarlah saya yang menciptanya,” katanya di sini hari ini.
Robot Kurata itu boleh beroperasi menggunakan sistem ‘Master-Slave’ yang membolehkan pengguna mengawal pergerakannya dari luar menggunakan sebarang peranti rangkaian generasi ketiga (3G).
“Mereka juga boleh masuk ke dalam robot berkenaan untuk mengawalnya sama seperti sut ‘exoskeletons’ yang dipakai oleh watak Tony Sparks dalam filem fiksyen Iron Man,” katanya.
Ia didatangkan dalam 16 pilihan warna termasuk hitam dan merah jambu.
Buat masa ini robot berkenaan belum boleh berjalan, namun ia mampu dipandu pada kelajuan 10 kilometer sejam.
Kurata boleh dilengkapi dengan sistem senjata futuristik termasuk senjata api yang boleh menembak 6,000 peluru seminit. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/sut-robot-seperti-iron-man-kini-boleh-dibeli-1.49406#sthash.kEh5OXIA.dpuf
MHS rasa antara sebab Jepun boleh fokus kepada penciptaan dan inovasi adalah mereka kurang berpolitik. Pelajar mereka fokus, guru mereka fokus dan rakyat mereka fokus. Tidak terjerumus dalam kancah perbalahan politik yang sempit. Ingat, pelajar.... fokus!
+ comments + 1 comments
Saya suka artikel anda, saya merasa sangat yang ditulis dengan baik dan berstruktur ia berubah kerana ia tidak selalunya dapat melihat ini jenis artikel.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...