KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disifatkan sebagai tidak bercakap benar sepenuhnya berhubung dakwaan Pas telah bersetuju dengan cadangan melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa, beliau hanya dihubungi Guan Eng selepas Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 dibentangkan dalam Dun Pulau Pinang, baru-baru ini.
"Cakap Guan Eng itu separuh betul, saya akui dia telefon saya, bercakap ikut suka hati tak bagus bagi seorang pemimpin macam dia.
"Saya akui selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, dia ada hubungi saya melalui telefon.
"Perkara ini dilakukan sendiri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa berbincang dan merujuk kepada pimpinan tertinggi PR," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Mustafa berkata lagi, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan negatif dan menghentam Guan Eng dalam perkara tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam portal berita pro-pembangkang.
Katanya lagi, sebelum enakmen tersebut dibentangkan, beliau juga dihubungi Adun Permatang Pasir, Mohd Salleh Man untuk memaklumkan sidang Dun Pulau Pinang yang salah satu agendanya berkait dengan pilihan raya PBT.
"Saya kata pada dia perkara itu tidak pernah dirujuk dengan pimpinan tertinggi PR dan saya minta dia berdiam diri.
"Saya beri arahan kepada dia elak bercakap (sokong atau hentam) dan saya nasihatkannya kalau boleh jangan mengundi untuk luluskan usul itu," katanya lagi
GOVERNMENT CHANGE AND THE CIVIL SERVANT
6 years ago
+ comments + 2 comments
Tahniah untuk laman web anda! Ia banyak membantu saya dan dinikmati, terutama semua saham anda adalah menarik. Hidup lama ke laman web anda. Paling penting, jangan putus asa; blog anda adalah benar-benar hebat!
Sudah jelas, tekanan untuk memberi komen mengenai artikel anda.
voyance gratuite en ligne par mail
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...