Artikel ini "LAGI - LAGI Melayu DIHINA" di Sumber , telah membuatkan MHS terpanggil untuk memberikan jawapan , Kenapa Muslim menjadi bahan jenaka di seluruh Dunia dan Kaum Melayu yang memeluk agama Islam ini dihina di bumi sendiri , Malaysia.
Tidak lain tidak bukan adalah untuk Membenarkan Bayangan Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lampau di dalam hadith - hadith yang menggambarkan zaman fitnah akhirul zaman.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
(H.R. Tirmizi)
Lihat Hadith lain yang menyatakan PERINGATAN Rasulullah SAW kepada kita umat Islam:
Sekian,
MHS
29 Januari 2015
Wahan , cinta dunia boleh diterjemah dalam pelbagai hal. Merebut jawatan sesama sendiri juga boleh diklasifikasikan sebagai CINTA DUNIA. Mementingkan diri lebih daripada mementingkan UMMAH juga adalah cabang-cabang materialistik Cinta Dunia atau apa yang Nabi Muhammad SAW sifatkan sebagai "Wahn"Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Kenangkanlah wahai Pemimpin dan Umat Islam sekarang, kalau bukan untuk kita , penyatuan ummah adalah untuk anak dan cucu cicit kita.
Apalah nasib anak ini dan cucu cicit mereka akan datang? |
Sekian,
MHS
29 Januari 2015
+ comments + 2 comments
Hello,
Terima kasih kerana semua cadangan anda ennormement di laman web ini. Saham anda adalah sangat menarik dan sangat bermanfaat. Tahniah kepada anda.
Ya, tahniah yang besar untuk artikel ini, anda mempunyai cara untuk mengatakan perkara dengan cara semulajadi, mudah dan benar, saya mengambil topi saya !!
Voyance en ligne par mail
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...