ULAMA' PONDOK BERFATWA HARAM ANGKAT ANWAR JADI PEMERINTAH ADA KAITAN DENGAN KALIMAH ALLAH

25 Feb 20143comments

Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok) meminta pengundi Dewan Undangan Negeri Kajang memilih pemimpin atau wakil rakyat yang berdedikasi, mempunyai
integriti, telus, adil serta amanah dalam menunaikan mandat rakyat berdasarkan syariat agama.

Ketua Penerangannya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff (gambar) menegaskan, sehubungan itu pihaknya membuat ketetapan melarang pengundi DUN itu daripada mengundi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang 23 Mac ini.

"Adakah Anwar menepati ciri-ciri itu? Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berasa bimbang jika sekiranya memilih orang yang tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian menjadi pemimpin," katanya.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Chin Cheh mendapat 19,571 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lee Ban Seng yang menerima 12,747 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Tambah Mohd. Syamsul, dalam konteks perjuangan politik, Anwar tidak pernah menyediakan kemudahan yang sepatutnya, sebaliknya hanya mengelirukan rakyat menerusi janji-janji tidak mampu ditunaikan.

"Malah, dalam perkara menyentuh sensitiviti agama terutama dalam isu kalimah Allah, beliau hanya mengambil sikap berdiam diri, tidak pernah menunjukkan ketegasannya bagi mempertahankan isu tersebut," katanya. -rizabTanahMelayu
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
25 February 2014 at 22:35

Yg sanggup jual agama, apa pun yg lain mungkin sahaja sanggup dijualnya.

5 January 2018 at 02:07

Berikut adalah idea yang baik tentang artikel masa depan sesungguhnya Kami membaca sedikit perkara dan kadang-kadang bertentangan dengan subjek!
voyance gratuite amour

19 March 2018 at 06:50

Terima kasih atas tiket yang sangat bagus ini ... dan tersenyum (untuk subjek yang tidak jelas)!
voyance par mail gratuit

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team