Menurut Naib Presiden II pertubuhan itu, Abdul Rahman Mt Dali berdasarkan hasil kajian penyelidik Melayu berprofil tinggi m
ereka telah mendedahkan asal usul kaum Melayu melalui kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) yang menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik kaum Cina dan India.
"Genetik Melayu berusia 60,000 hingga 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 hingga 45,000 tahun.
Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu yang kita pijak ini di sebut sebagai 'The Cradle of Human Civilisation' yang membiakkan kaum etnik lain. Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Rahman, cari gali di Lembah Bujang, Kedah, oleh pasukan Arkeologi Universiti Sains Malaysia turut menemui kesan sejarah tamadun maju Melayu Kedah Tua yang dianggarkan berusia seawal abad ke-2 sebelum Masihi.
"Jadi, sah sekali lagi bahawa bumi ini warisan kaum Melayu lebih awal dari Angkor Wat atau Borobudur.
"Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu.
"Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu," katanya lagi.
Justeru itu, Rahman menggesa agar pengiktirafan diberikan kepada Malaysia sebagai tanah Melayu seperti mana yang dilakukan kepada benua-benua lain di dunia.
"Kita mahu dunia mengiktiraf bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu.
"Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang Jerman dan seterusnya.
"Atau adakah orang Melayu tidak punya tanahnya sendiri?" soalnya.
"Sudah tentu inilah benua Melayu dan inilah tanah untuk kaum Melayu." katanya lagi.
+ comments + 3 comments
Tahniah untuk jawatan ini Tanpa pergi ke "Seperti", tweet yang kecil sering berfungsi untuk menandakan kelulusan saya, walaupun saya tidak dapat mengatakan apa-apa dengan komen.
voyance gratuite en ligne
yeezy boost 350 v2
supreme shirt
yeezy 350
off white jordan 1
curry 6
balenciaga shoes
yeezy boost 700
yeezy boost 350 v2
yeezy
yeezy shoes
try here find more useful source why not try this out check this site out internet
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...