KISAH BENAR TENTERA MALAYSIA : TENTERA SINGAPURA USAH POYO! SIAPA SEBENARNYA YANG MELINDUNGI SINGAPURA 1960 AN?

11 Feb 20141comments

1. Minggu ini MHS melihat hubungan ketenteraan di antara Indonesia dan Singapura nampak tegang berikutan bantahan Singapura terhadap tindakan Tentera Laut Indonesia yang menamakan kapal perang baru mereka dengan nama KRI USMAN-HARUM 359 sempena Sarjan Usman b Hj Muhammad Ali dan Korperal Harun B Said yang dihukum mati di Singapura pada 1968 selepas didapati bersalah melancarkan serangan bom di Orchard Road semasa Konfrontasi Malaysia - Indonesia.

2. Sewaktu peristiwa pengeboman itu berlaku, Singapura adalah di bawah jagaan / belaan TANAH Melayu yang dinamakan Malaysia. 

Kapal Perang Baru Indonesia? 
3. Sedarkah Singapura bahawa Malaysia lah yang melindungi Singapura semasa diancam Indonesia yang melancarkan konfrontasi terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1960 an tersebut? Mengapa Singapura segera melompat kononnya mereka tersinggung dengan penamaan nama kapal Indonesia tersebut? 

4. Masih terngiang di telinga ini apabila mendengar cerita-cerita benar veteren-veteren Pasukan Polis Di Raja Malaysia / Angkatan Tentera Malaysia di bawah cawangan-cawangan yang tertentu yang ditugaskan untuk melaksanakan operasi di kawasan-kawasan yang dimasuki tentera Indonesia termasuk Singapura. Pasukan Polis dan tentera kita lah yang mengawal Singapura dan bertindak melindungi Singapura ketika diancam Tentera Indonesia DENGAN Pelbagai strategi. 

5. Singapura sepatutnya tidak melompat dengan tindakan Indonesia itu kerana ianya adalah hal dalaman Negara Indonesia yang sepatutnya tidak wajar disentuh oleh Negara luar! Inilah sikap Singapura yang kononnya mahu menjadi jaguh di Nusantara.  

6. Untuk rekod, pada November 2013 Kementerian Luar Indonesia menuntut penjelasan Singapura berhubung keterlibatan Singapura dalam aktiviti pengintipan terhadap Indonesia. Singapura langsung tidak menjawab persoalan tersebut. Mengapa pula sekarang Indonesia perlu akur dengan tuntutan Singapura untuk tidak menamakan kapal mereka. 

7. Malaysia juga yang 'cool' . Angkatan Tentera Malaysia terbaru diuji kemampuan mereka semasa Insiden Pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013. Terbeliak mata komander Tentera Singapura !  








Share this article :

+ comments + 1 comments

19 March 2018 at 07:20

Saya dapati ia adalah artikel yang menarik, idea-idea asas yang dapat membantu ..
Terima kasih kepada orang itu.
Mempunyai hari yang baik!
voyance gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team