MALAYSIA BAKAL HANTAR ORANG KEDUA KE ANGKASA 2017 / 2018

6 Feb 20141comments



KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menghantar angkasawan keduanya ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2017 atau 2018, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin. 

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu bergantung kepada keadaan semasa ekonomi negara. 


"Bagi Program Angkasawan Kedua ini kita telah mempunyai seorang calon sedia ada yang hanya menunggu masa sahaja. Tapi ini masih terbuka kepada calon-calon lain yang berminat menjadi angkasawan," katanya. 


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Malaysian Space Odyssey: 20 Years With National Planetarium' sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Planetarium Negara di sini, hari ini.

Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007, hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya membabitkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu. 

Ewon berkata, kerajaan kini juga sedang merangka pembinaan satelit 'remote sensing' bagi memantau permukaan bumi iaitu RazakSAT-2. 

"Program ini masih dalam peringkat perbincangan dan kita masih memilih teknologi yang kita fikir sesuai kerana kita tak mahu terburu-buru untuk melancarkannya sebelum semua perkara berkaitan dapat kita pastikan," katanya. 
RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi kenderaan pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Exploration Technologies Amerika (SpaceX). 

- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

26 November 2021 at 02:47

Your blog is really great, I visit it every day and every time I find something that suits me. This blog has a lot of user-friendliness and a warm welcome
thank you so much

voyance par mail gratuite immediate

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team