PALUAN DESAK MB SELANGOR LETAK JAWATAN BERGEMA LAGI

4 Feb 20141comments


1. Sekali lagi paluan gong desak Tan Sri Khalid Ibrahim letak jawatan berbunyi lagi. 

2. Bunyi-bunyian gong kosong ini dijangka akan lebih bergema kencang selepas PKR dijangka menang kawasan PRK Kajang. 

3. Hal ini juga mempunyai kaitan dengan pemecatan 20 kakitangan kontrak PKNS Holding Sdn Bhd. yang dikatakan berkait rapat dengan agenda politik PKR.

4. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Seperti biasa, tidak berapa lama lagi akan adalah tuduhan cliche bahawa 20 kakitangan yang dipecat ini adalah barua UMNO padahal ia tiada kena mengena pun dengan UMNO!   



PETIKAN BERITA HARIAN 


Shah Alam: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan kerana gagal menguruskan negeri termasuk bersikap lepas tangan dalam isu pemecatan kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB). 


"Kalau kita minta penjelasan, dia (Abdul Khalid) gagal bagi penjelasan yang betul. Ini kah Menteri Besar Selangor kita?," katanya. 


Beliau yang juga Timbalan Presiden MTUC berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan 20 kakitangan kontrak PHSB yang dipecat serta merta semalam. 



Terdahulu kesemua bekas kakitangan PHSB itu membuat laporan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team