MENTERI PUJI BLOGGER BAGI PENYELESAIAN KEPADA KERAJAAN.

26 Feb 20141comments




KUALA LUMPUR - Nyatakan kebenaran dan mesti berani menyuarakan apa jua kesilapan, namun perlu sedia menawarkan penyelesaian terbaik terhadap isu-isu terbabit, demikian nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pengguna media sosial.

Beliau berkata masyarakat Malaysia telah melepasi generasi yang menerima isu berasaskan nilai lahiriah seperti pada tahun-tahun berlalu.

"Hari ini, seluruh corak dan anjakan minda rakyat diarahkan kepada mewujudkan usaha kolaboratif bagi menyelesai isu.

"Saya harap aliran sihat sentiasa berhubungan ini akan kekal dan rakyat boleh menulis blog dengan bebas dan tahu apa yang harus dilahirkan pada tempat dan ketika yang betul," ujar beliau.

Ahmad Zahid berucap di Majlis Jamuan Anugerah Blogger dan Media Sosial Dunia 2014 di sini malam tadi.

Majlis itu bersempena sambutan Minggu Media Sosial Malaysia 2014 dari 23 Februari hingga hari ini.

Ahmad Zahid juga menyampaikan anugerah blogger dan media sosial dunia di majlis itu.
Perbadanan Putrajaya memenangi Anugerah Penglibatan Kesejahteraan Bandar sementara Kementerian Kesihatan anugerah Penglibatan Komuniti Terbaik.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes memenangi anugerah Selebriti Media Sosial 2014.  - Bernama


"Akhir-akhir ini kalau dilihat dari sudut ini, kebanyakan blogger yang mengkritik kerajaan secara sihat untuk penambahbaikkan pihak kerajaan adalah blog pro-Kerajaan"  


Share this article :

+ comments + 1 comments

5 January 2018 at 02:07

Saya melihat laman web anda dari tweet, jadi saya berinteraksi dan menyiarkan komen apabila ia menarik minat saya dan ia berbaloi.
mon avenir amoureux gratuit

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team