VIDEO: DIALOG PERPADUAN DI NEGERI SEMBILAN SUARA AKAR UMBI BERMAKNA !! WAKIL DAP BERTINDAK KELUAR AWAL!

22 Feb 20140 comments

1. Dialog Suara Akar Umbi yang diadakan di Negeri Sembilan pagi tadi telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat pelbagai Kaum di seluruh Negeri Sembilan. 

2. Meskipun kehadiran mereka yang hadir hanya dianggarkan sekitar 200 orang, namun ia cukup mencerminkan keterbukaan rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk mencari kata sepakat berdialog bagaimana mahu memperkukuhkan hubungan perpaduan kaum di Malaysia. 

3. Antara dialog-dialog yang penting yang dapat didengar di Dewan Theatrette, Negeri Sembilan pagi tadi 23/2/2014 adalah: 

a)  Rakyat di peringkat bawahan tidak mempunyai masalah mengenai hubungan sesama kaum - Boleh hidup dengan aman. Politik songsang yang membangkitkan isu perkauman. 

b)  Sistem persekolahan yang bersepadu - pelajar boleh bercampur gaul sesama sendiri

3. Perketatkan akta hasutan / Ada yang menyatakan untuk Kerajaan Kembalikan ISA. 

4. Rakyat Akar Umbi menolak Politik Kebencian .Eg: Video Teresa kok 

5. Jangan langgar hak batasan kaum lain.  Hak orang-orang Islam / Melayu dan lain-lain kaum jangan dipertikai lagi. 

6. Rakyat perlu kembali kepada agama , perlembagaan dan rukunegara. 

*Namun apa yang pelik, wakil DAP - Cha kee Chin dilihat panas punggung dan bertindak keluar awal dari dewan meskipun melihat ramai dalam kalangan wakil-wakil NGO berbangsa Cina bangun menyatakan komitmen dan memberikan pendapat mereka berhubung perpaduan kaum di Malaysia. 


MHS nyatakan sokongan terhadap Dialog ini untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang faham akan tanggungjawab dan tidak terlalu fokus kepada hak individu semata-mata!!  

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team