TERKINI! PAS TERKILAN : PKR-UMNO ADAKAN RUNDINGAN?

19 Feb 20141comments




Suasana Di Puncak Utama Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dipenuhi Kereta Di Bahu Jalan 
Di Putrajaya, 19 Februari 2014 - Menjelang PRK Kajang, wakil kami di Putrajaya berjaya menghidu kelibat MB Selangor dan rombongan kecilnya ke Putrajaya. Rombongan Menteri Besar Selangor kelihatan menuju ke puncak utama pentadbiran kerajaan persekutuan. Tiada sesiapa yang menyedari kehadiran rombongan kecil tersebut, nampaknya ianya suatu pergerakan sulit.

Sebelum ini, rombongan PKR antara lainnya diketuai oleh Saifudin Nasution dengan beberapa Pemimpin Utama PKR telah bertemu secara sulit di sebuah bilik hotel di tengah kota London. Butir-butir pertemuan tersebut masih belum didedahkan lagi, walaupun rakan kecil mereka PAS telah menyindir beberapa kali.

Dengan pertemuan eksklusif oleh pasukan utama badan Eksekutif Selangor di Putrajaya tadi, khususnya menjelang PRK Kajang, kami menjangkakan beberapa tribut yang mengejutkan akan berlaku dalam kem Khalid dan kem Azmin tidak lama lagi.

Begitu juga, tindakan bersembunyi oleh kepimpinan PKR ke Putrajaya hari ini dijangka melebarkan lagi kemarahan dan kemelut PAS yang semakin mencurigakan PKR, malah DAP.

Kami tidak hendak menyatakan siapakah yang bertemu siapa, apakah Khalid Ibrahim bertemu lama dengan Perdana Menteri dan Menteri Pusat itu masih kami tidak ingin dedahkan. Apakah perbincangan mereka juga rasanya tidak perlu didedahkan di sini. Yang perlu ahli PAS tahu, yang perlu ahli UMNO tahu, yang perlu ahli DAP tahu ialah pertemuan demi pertemuan selepas di London kini sudah menuju ke Putrajaya.

Hanya kami boleh dedahkan ialah hal-hal kepentingan orang awam yang berkaitan SYABAS sahaja. 

Hal-hal politik biarlah mereka mendedahkannya sendiri, kerana Saifudin Nasution sendiri bercakap dua minggu lalu, hal-hal politik parti hendaklah datang dari suara Presiden, Timbalan Presiden dan dirinya sendiri sebagai Setiausaha Agong PKR.

Pertemuan ketiga akan dikhabarkan kepada anda. Azmin Ali atau sesiapapun, tidak sepatutnya marah dengan pertemuan dua pemimpin utama dua buah kerajaan di Putrajaya ini. -MYMASSA

Share this article :

+ comments + 1 comments

19 March 2018 at 07:03

Saya sangat menghargai artikel ini yang membawa bantuan sebenar.
voyance gratuite en ligne par email

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team