KUALA LUMPUR 21 Feb - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumum kan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Muhyiddin mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 3 petang hari ini di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.
Mei Fun, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.
+ comments + 1 comments
Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,
Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.
Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.
Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin
Sekian, Terima Kasih
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...