1. Siri Kartun terkenal Upin dan Ipin yang popular di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei difitnah dengan SMS yang mengaitkan siri tersebut dengan penghinaan terhadap Rasulullah dan Islam.
2. Umum mengetahui bahawa kartun ini berasal dari Malaysia dan bukannya dari Amerika Syarikat mahupun Israel sepertimana dituduh menyebar propaganda Yahudi.
3. Adalah amat tidak logik apabila penyebar fitnah ini menyatakan bahawa makna Upin dan Ipin sebenarnya kata-kata penghinaan terhadap Rasul Allah. Upin dan Ipin merupakan nama timangan untuk anak-anak kecil yang bernama Ariffin di Malaysia. Ariffin bermaksud orang-orang yang arif dalam bahasa arab.
4. Jelas sekali penyebaran fitnah di Media sosial termasuk sms dan whatsapp adalah berniat jahat terhadap Industri Kartun yang sedang maju berkembang di Malaysia.
5. Siri KARTUN Upin dan Ipin amat bermakna kerana isi kandungan kartunnya mengandungi unsur-unsur moral yang tinggi serta bahasa yang betul yang banyak membantu membentuk pemikiran yang positif terhadap kanak-kanak.
PENYEBARAN FITNAH JAHAT TERHADAP LES COPAQUE
SUBHANNALLAH UPIN DAN IPIN . Tahukah anda Sebenarnya filem kartun upin&ipin merupakan rancangan Yahudi untuk menghancurkan Islam, Setelah kartun doraemon,pokemon,digimon dll gagal menghancurkan anak2 Muslim. Perlu kalian ketahui jangan mengucapkan upin atau uffin , karena upin dalam bahasa amerika artinya : Aku Benci Rasul (Maaf Ya Allah). Dan ucapkan Ariffin jangan ipin , karena ipin sendiri artinya . Ya Aku Suka Israel (Maaf Ya Allah). Dan huruf U di baju upin , maknanya USA . Sedangkan I pada baju ipin maknanya Israel . Ulama telah membuktikan . Sebarkan ke teman-teman lain . Atau group . Demi keselamatan agama . Rasulullah SAW dan umatnya.. Aku juga Islam Yang agamanya Islam,tolong sebarluaskan . Ka'bah akn rata dgn tanah . sangkkala akan ditiup 2 kali . Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda : " brng siapa yg mengingatkan ini kpd orang lain, akan Ku buatkan tempat d surga bagi'nya pada hari penghakiman kelak" . # KONGSI VS SHARE.. #COPY & PASTE .
FITNAH JAHAT!
"FITNAH lebih jahat dari membunuh! " -AL Quran
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...